Sunday 27 January 2013

Mengumpat aka Gossip

Ghibah atau mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.

Rasulullah S.A. W. bersabda yang bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya." (Hadis Riwayat Muslim).

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud).

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat.
Inilah orang yang muflis di akhirat nanti.


BILA BOLEH MENGUMPAT?

Para ulama mengambil banyak pengajaran dari Al Hadis di atas antaranya:
Orang yang ingin mendapat fatwa dan orang yang teraniaya dibolehkan untuk menceritakan keburukan tentang orang lain yang ada kaitannya dengan perkara yang diminta fatwa atau penganiayaan itu. Perkara ini tidak termasuk ke dalam bab larangan mengumpat (Al Ghibah). Tetapi hal ini termasuk kedalam salah satu jenis mengumpat yang dikecualikan.
Dalam hal ini Imam An Nawawy dalam kitabnya Riyadhus Salihin berkata:
Ketahuilah bahawa mengumpat adalah dibolehkan atas sebab-sebab tertentu dan mengikuti lunas-lunas syara’ (agama), jika sesuatu yang penting tidak mungkin tercapai kecuali dengannya. Mengumpat yang diperbolehkan-oleh agama itu ada enam jenis:
1.      Kes Penganiayaan.
2.      Mohon Bantuan Mencegah Kemungkaran.
3.      Minta Fatwa.
4.      Mengajak Muslimin Agar Bersikap Berhati-hati.
5.      Jika Melakukan Maksiat & Bid’ah Secara Terang-terangan.
6.      Sebagai Tanda Pengenalan.

1) KES PENGANIAYAAN.
Dibolehkan kepada orang yang dianiaya untuk mengadu kepada pihak berkuasa seperti Sultan, Qadhi atau lain-lain pihak yang mempunyai kuasa untuk memberi keinsafan dan kesedaran kepada orang yang menganiaya itu. Umpamanya: Si Polan itu telah menganiaya saya begini dan begitu.

(2) MOHON BANTUAN MENCEGAH KEMUNGKARAN.
Umpamanya seseorang berkata kepada pihak polis atau bahagian pencegah maksiat: Si Polan itu telah berbuat perkara sumbang, tolong tuan cegah perkara tersebut. Maksud orang itu ialah menjadikan pihak berkuasa sebagai orang tengah untuk mencegah kemungkaran. Tetapi jika tidak dengan maksud itu maka hukumnya adalah haram.

(3) MINTA FATWA.
Umpamanya ia berkata kepada mufti atau orang yang dipercayai boleh memberi fatwa: Ayah saya atau saudara saya atau suami saya telah menganiaya saya, adakah dia boleh berbuat demikian terhadap saya, bagaimana cara supaya saya dapat terhindar dari penganiayaannya. Perkara ini dibolehkan kerana hajat. Tetapi adalah lebih baik sekiranya dengan cara sindiran sudah tercapai tujuannya. Namun demikian menyebut nama orang yang menzalimi adalah dibolehkan sebagaimana dalam kisah Hindon diatas.
  
(4) MENGAJAK MUSLIMIN AGAR BERSIKAP BERHATI-HATI.
Umpamanya: Kita menyebut tentang keaiban periwayat hadis seperti si polan pendusta, tidak amanah, kurang kuat ingatannya dan lain-lain. Perkara ini dibolehkan kerana tujuan kita berbuat demikian semata mata ingin menjaga keaslian hadis Rasulullah saw. Sebab tanpa berbuat demikian maka akan terdedahlah hadis Rasul saw dengan pemalsuan. Atau paling kurang supaya orang ramai jangan sampai menyangka hadis hadis tersebut sebagai hadis yang sahih. Apalagi jika orang berkenaan sememangnya orang yang suka memalsukan hadis. Dan menyatakan keaiban orang lain ini juga boleh jika kita diminta pandangan tentang peribadi seseorang yang akan menjadi rakan kongsi perniagaan , atau menitipkan amanah , atau urusan perkahwinan , demikian juga tentang berjiran dan sebagai.

(5) JIKA MELAKUKAN MAKSIAT DAN BID’AH SECARA TERANG.
Umpamanya: Minum arak secara terang terangan atau seorang guru agama yang mengajar ajaran-ajaran sesat seperti syirik dan bid’ah atau bomoh dan dukun yang menggunakan amalan amalan syirik. Kita diperbolehkan menyebut keburukan atau keaiban orang orang berkenaan supaya muslimin yang lain dapat sentiasa waspada dan tidak terpedaya oleh mereka. Tetapi dalam hal ini kita tidak boleh menceritakan cela mereka yang lain kecuali ada sebab-sebab lain yang membolehkannya sebagaimana tersebut diatas.

(6) SEBAGAI TANDA PENGENALAN.
Andaikata seseorang dikenal dengan gelaran tertentu. Umpamanya: Mamat Pincang, Jali Sumbing, Enon Gendut dan lain-lain maka dibolehkan kita menyebut sifat-sifat tersebut tetapi dengan syarat tidak dengan nada atau tujuan menghina dan merendah rendahkan. Andaikata orang tersebut sudah dapat dikenal tanpa menggunakan gelaran-gelaran diatas maka itu adalah lebih baik.

JAUHILAH MENGUMPAT YANG SIA-SIA

Firman Allah dalam Surah Al-Hujurat Ayat-12
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Pencerahan maksud mengumpat dari sabda Rasulullah:
“Adakah kamu tahu, apakah yang dikatakan dengan mengumpat itu?” Mereka menjawab, “Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui.” Sabda Baginda, ialah kamu menceritakan tentang saudara kamu sesuatu yang dia tidak suka. Ada sahabat yang mengatakan,”Apa pandangan tuan, kalau sekiranya apa yang saya ceritakan itu memang terdapat pada saudara saya itu?.” Sabda Baginda, “Sekiranya apa yang kamu katakan itu memang ada pada saudara kamu, bermakna kamu mengumpatnya dan jika tidak ada, bererti kamu membohonginya.”  (HR Muslim)

Saturday 26 January 2013

Ya Imama Rusli




LIRIK QASIDAH


✿  يَا إِمَامَ الرُّسْلِ يَا سَنَدِي
Wahai penghulu para rasul ! wahai sandaranku

✿  أَنْتَ بَعْدَ الله مُعْتَمَدِي
Setelah Allah, engkau adalah peganganku

✿  فَبِـدُنْيـَايَ وَآخِـرَتِي
Dalam urusan dunia dan akhiratku

✿  يا رسول الله خُذْ بِيَدِيْ
Wahai rasulullah! Bantulah aku

✿  عَطْفَـةً يَا جِيْرَةَ الْعَلَـمِ
Belas kasihmu wahai yang berjiran dengan Ka’bah

✿  يَا أُهَيْلَ الْجُوْدِ والْكَـرَمِ
Wahai keluarga yang bermurah dan mulia

✿  نحنُ جِيْرَانٌ بِذَا الْحَـرَمِ
Kami berada berhampiran dengan Kota Haram

✿  حَرَمُ الإحْسَانِ والْحَسَـنِ
Kota yang penuh ihsan dan kebaikan

✿  نحن مِنْ قَوْمٍ بِهِ سَكَنـُوْا
Kami daripada kaum yang tinggal di Kota Haram

✿  وَبِهِ مِنْ خَوْفِهِمْ أَمِنـُوْا
Di dalamnya mereka aman daripada ketakutan

✿  وَبِآيَاتِ الْقُرْآنِ عُنـُوْا
Dan oleh ayat-ayat Al-Quran mereka di perhatikan

✿  فَاتَّئِـدْ فِيْنـَا أَخَا الْوَهَـنِ
Maka janganlah kamu tergesa-gesa atas kami wahai saudara yang lemah

✿  نَعْرِفُ الْبَطْحـَاء وَتَعْرِفُنـَا
Kami kenal kepada padang pasir (Mekkah) dan ia mengenal kami

✿  وَالصَّـفَا وَالْبَيْـتُ يَأْلَفُنـَا
Demikian pula Bukit Sofa dan Ka’bah

✿  وَلَنَا الْمَعْـلَى وَخَيْـفُ مِنَى
Untuk kami Ma’la dan Khaif Mina

✿  فَاعْلَمَـنْ هذَا وَكُنْ وَكُـنِ
Ketahuilah engkau akan hal ini dan yakinlah

✿  وَلَنـَا خَيْـرُ الأَنـَـاِم أَبُ
Untuk kami sebaik-baik manusia sebagai ayah

✿  وعَـلِيٌّ الْمُرْتَضَـى حَسَـبُ
Dan Ali Al-Murtadha sebagai datuk kami

✿  وإِلَى السِّـبْطَيْـنِ نَنْتَسِـبُ
Kepada dua cucu Nabi (Hasan & Husein) kami bernasab

✿  نَسَبـًا مَا فِيْـهِ مِـنْ دَخَـنِ
Nasab yang tiada terdapat keraguan

✿  أَهْلُ بَيْتِ الْمُصْطَـفَى الطُّهُـرِ
Keluarga nabi yang suci

✿  هُـمْ أَمَـانِ الأَرْضِ فَاذَّكِـرِ
Mereka pengaman dimuka bumi, maka ingatlah itu

✿  شُـبِّهُـوْا بِالأَنْجُـمِ الزُّهُـرِ
Mereka umpama bintang-bintang yang gemerlapan

✿  مِثْلَ مَا قَدْ جَـاءَ فِي السُّنَـنِ
Sebagaimana telah di nyatakan dalam hadith-hadith

✿  وسَـفِـيْنٌ لِلنَّـجَـاةِ إِذَا
Mereka umpama bahtera keselamatan bila

✿  خِفْتَ مِنْ طُوْفَانِ كُلِّ أَذًى
Kau takut angin taufan yang menghanyutkan

✿  فَانْجُ فِيْهَا لاَ تَكُوْنُ كَـذَا
Maka naiklah ke atasnya kau akan selamat

✿  فَاعْتَصِمْ بِاللهِ وَاسْتَعِنِ
Berpegang teguhlah dengan Allah dan mintalah pertolongan

✿  رَبِّ فَانْفَعْنَا بِبَرْكَتِهِمْ
Ya Allah, kurniakanlah kami dengan berkat mereka

✿  وَاهْدِنَا الْحُسْنَى بِحُرْمَتِهِمْ
Berilah petunjuk pada kami jalan yang baik dengan kehormatan mereka

✿ وَأَمِتْـنَا فِي طَرِيْقَتِهِمْ
Matikanlah kami pada jalan mereka

✿  وَمُعَـافَاةٍ مِنَ الْفِتَنِ
Serta selamatkanlah kami dari fitnah

✿ ثُمَّ لاَ تَغْتَرَّ بِالنَّسَبِ
Janganlah engkau membanggakan diri dengan nasabmu

✿ لاَ وَلاَ تَقْنَعْ بِكَانَ أَبِي
Dan jangan pula engkau merasa cukup dengan kejayaan ayahmu

✿  وَاتَّبِعْ فِي الْهَدْيِ خَيْرَ نَبِيّ
Ikutilah sebaik-baik nabi dalam petunjuknya

✿ أحْمَدِ الْهَادِي إلَى السَّنَنِ
Iaitu Ahmad, pemberi petunjuk pada jalan yang benar

Kalam Mutiara Habib Umar Bin Hafidz



اَمَْلئ قَلْبَكَ بِمَحَبَّةِ إِخْواَنِكَ يَنْجَبِرْ وَنُقْصاَنُكَ يَرْتَفِعْ عِنْدَاللهِ شأْنَكَ
Penuhilah hatimu dengan kecintaan terhadap saudaramu niscaya akan menyempurnakan kekuranganmu dan mengangkat derajatmu di sisi Allah.

مَنْ كاَنَ أَعْرَفْ كاَنَ أَخْوَف
Barangsiapa semakin mengenal kepada Allah niscaya akan semakin takut.

مَنْ لَمْ يُجاَلِسْ مُفْلِحُ كَيْفَ يُفْلِحُ ومَنْ جاَلَسَ مُفْلِحُ كَيْفَ لاَ يُفْلِحُ
Barangsiapa yang tidak mau duduk dengan orang beruntung, bagaimana mungkin ia akan beruntung. Barangsiapa yang duduk dengan orang beruntung bagaimana mungkin ia tidak akan beruntung.

مَنْ كاَنَ سَيَلْقَى فِيْ الْمَوْتِ الْحَبِيْبَ فَالْمَوْتُ عِيْداً لَهُ
Barangsiapa menjadikan kematiannya sebagai pertemuan dengan Sang Kekasih (Allah), maka kematian adalah hari raya baginya.

مَنْ صَدَّقَ باِلرِّساَلَةِ خَدَمَهاَ
مَنْ صَدَّقَ باِلرِّساَلَةِ تَحَمَّلْ مِنْ أَجْلِهاَ
مَنْ صَدَّقَ باِلرِّساَلَةِ بَدَّلَ ماَلَهُ وَ نَفْسَهُ مِنْ شأْنِهاَ

Barangsiapa percaya pada Risalah (terutusnya Rasulullah), maka ia akan mengabdi padanya. Dan barangsiapa percaya pada Risalah, maka ia akan menanggung (sabar) karenanya. Dan barangsiapa yang membenarkan risalah, maka ia akan mengorbankan jiwa dan hartanya untuknya.

كُلُّ واَحِدٍ قُرْبُهُ فِيْ الْقِياَمَةِ مِنَ الأَ نْبِياَءِ عَلَى قَدْرِ إِهْتِماَمِهِ بِهَذِهِ الدَّعْوَةِ
Kedekatan seseorang dengan para Nabi di hari kiamat menurut kadar perhatiannya terhadap dakwah ini.

ماَ أَعْجَبَ الأَرْضُ كُلُّهاَ عِبْرَةٌ لاَ أَظُنَّ يُوْجَدُ عَلَى ظَهْرِ الأَرْضِ إِلاَّ شِبْراً وَلِلْعاَقِلِ فِيْهِ عِبْرَةٌ إِذاَ اعْتُبَرَ
Betapa anehnya bumi, semuanya adalah pelajaran. Kukira tidak ada sejengkal tanah di muka bumi kecuali di situ ada ‘ibrah (pelajaran) bagi orang yang berakal apabila mau mempelajarinya.

خَيْرُ النَّفْسِ مُخاَلَفَتُهاَوَ شَرُّ النَّفْسِ طاَعَتُهاَ
Sebaik-baik nafsu adalah yang dilawan dan seburuk-buruk nafsu adalah yang diikuti.

مِنْ دُوْنِ قَهْرِ النُّفُوْسِ ماَيَصِلُ الإِنْساَنُ إِلَى رَبِّهِ قَطٌّ قَطٌّ قَطٌّ وَالْقَرْبُ مِنَ اللهِ عَلَى قَدْرِ تَصْفِيَةِ النُّفُوْسِ
Tanpa menahan hawa nafsu maka manusia tidak akan sampai pada Tuhannya sama sekali dan kedekatan manusia terhadap Allah menurut kadar pembersihan jiwanya.

إِذاَ انْفُتِحَتِ الْقُلُوْبُ حَصَلَ الْمَطْلُوْبَ
Jikalau sebuah hati telah terbuka, maka akan mendapatkan apa yang diinginkan.

مَنْ كاَنَ لَهُ بِحاَرٌ مِنَ الْعِلْمِ ثُمَّ وَقَعَتْ قِطْرَةٌ مِنَ الْهَوَى لَفَسَدَتْ
Barangsiapa yang mempunyai samudra ilmu kemudian kejatuhan setetes hawa nafsu, maka hawa nafsu itu akan merusak samudra tersebut.

لَحْظَةٌ مِنْ لَحَظَاتِ الْخِدْمَةِ خَيْرٌ مِنْ رُؤْيَةِ الْعَرْشِ وَ ماَ فِيْهِ أَلْفَ مَرَّةٍ
Sesaat dari saat-saat khidmat (pengabdian), lebih baik daripada melihat ‘Arsy dan seisinya seribu kali.

الإِ نْطِواَءُ فِيْ الشَّيْخِ مُقَدِّمَةٌ لِلْإِ نْطِواَءِ فِيْ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
وَالْإِ نْطِواَءُ فِيْ الرَّسُوْلِ مُقَدِّمَةٌ لِلْفَناَءِ فِي اللهِ
Menyatunya seorang murid dengan gurunya merupakan permulaan di dalam menyatunya dengan Rasulullah SAW. Sedangkan menyatunya dengan Rasulullah SAW merupakan permulaan untuk fana’ pada Allah (lupa selain Allah).

لَمْ يَزَلِ النَّا سُ فِي كُلِّ وَقْتٍ ماَ بَيْنَ صِنْفَيْنِ : صِنْفُ سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ وَ صِنْفُ سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ الْجُحُوْدِ
Manusia di setiap waktu sentiasa terdiri daripada dua golongan, golongan yang pada wajahnya terdapat tanda-tanda dari bekas sujud dan golongan yang pada wajahnya terdapat tanda-tanda dari bekas keingkaran.

مَنْ طَلَبَ غاَلِى باِلْبَدْلِ لاَ يُباَلِيْ
Barangsiapa yang menuntut keluhuran, maka tidak akan peduli terhadap pengorbanan.

إِنَّ لِلسَّجُودِ حَقِيْقَةٌ إِذاَ ناَزَلَتْ أَنْواَرُهاَ قَلْبَ الْعَبْدِ ظَلَّ الْقَلْبِ ساَجِداً أَبَداً فَلاَ يَرْفَعُ عَنِ السُّجُودِ
Sesungguhnya di dalam sujud terdapat hakikat yang apabila cahanya turun pada hati seorang hamba, maka hati tersebut akan sujud selama-lamanya dan tidak akan mengangkat dari sujudnya.

قاَلَ فِيْ شَأْنِ دَعْوَةٍ : الواَجِبُ أَنْ نَكُوْنَ كُلَّناَ دَعاَةً وَلَيْسَ بِواَجِبٍ أَنْ نَكُوْنَ قُضاَةً أَوْ مُفْتِيَيْنِ ( قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي ) فَهَلْ نَحْنُ تَبِعْناَهُ أَوْ ماَ تَبِعْناَهُ ؟ فاَلدَّعْوَةُ مَعْناَهاَ : نَقْلُ النَّاسِ مِنَ الشَّرِّ إِلَى الْخَيْرِ وَ مِنَ الْغَفْلَةِ إِلَى الذِّ كْرِ وَ مِنَ الإِدْباَرِ إِلَى الإِقْباَلِ وَ مِنَ الصِّفَاتِ الذَّمِيْمَةِ إِلَى الصِّفَاتِ الصاَّ لِحاَتِ
Beliau berkata tentang dakwah, “Yang wajib bagi kita yaitu harus menjadi da’i dan tidak harus menjadi qadhi atau mufti. “Katakanlah wahai Muhammad Saw.: “Inilah jalanku, aku mengajak kepada Allah dengan hujjah yang jelas; aku dan pengikutku).” Apakah kita ikut padanya (Rasulullah) atau tidak ikut padanya? Arti dakwah adalah memindahkan manusia dari kejelekan menuju kebaikan, dari kelalaian menuju ingat kepada Allah, dan dari keberpalingan kembali menuju kepada Allah, dan dari sifat yang buruk menuju sifat yang baik.

الشَّيْطاَنُ يَتَفَقَّدُ أَصْحاَبَهُ وَ الرَّ حْمَنُ يَرْعَى أَحْباَبَهُ
Syaitan itu mencari sahabat-sahabatnya dan Allah menjaga kekasih-kekasihNya.

كُلُّماَ عَظُمَتِ الْعِباَداَتِ خَفَّتِ الْعاَداَتُ وَ كُلُّماَ عَظُمَتِ الْعِباَدَةُ فِي الْقَلبِ خَرَجَتْ عَظَمَةُ الْعاَدَةِ
Apabila ibadah agung bagi seseorang maka ringanlah adat (kebiasaan) baginya dan apabila semakin agung nilai ibadah dalam hati seseorang maka akan keluarlah keagungan adat darinya.

إِذاَ صَحَّ الْخُرُوْجُ حَصَلَ بِهِ الْعُرُوْجُ
Bila benar keluarnya seseorang (di dalam berdakwah), maka ia akan naik ke derajat yang tinggi.

أَخْرِجْ خَوْفَ الْخلْقِ مِنْ قَلبِكَ تَشْتَرِحْ بِخَوْفِ الْخلْقِ
وَ أَخْرِجْ رَجاَءَ الْخلْقِ مِنْ قَلبِكَ تَسْتَلِدَّ بِرَجاَءِ الْخلْقِ

Keluarkanlah rasa takut pada makhluk dari hatimu maka engkau akan tenang dengan rasa takut pada Khaliq (Pencipta). Dan keluarkanlah berharap pada makhluk dari hatimu maka engkau akan merasakan kenikmatan dengan berharap pada Sang Khaliq.

كَثْرَةُ الصَّفاَ طِ وَ كَثْرَةُ الْمِزاَحِ عَلاَمَةُ خُلُوِّ الْقَلبِ عَنْ تَعْظِيْمِ اللهِ تَعاَلَى وَ عَلاَمَةُ ضَعْفِ الإِيْماَنِ
Banyak bergurau dan bercanda merupakan pertanda sepinya hati dari mengagungkan Allah dan tanda dari lemahnya iman.

حَقِيْقَةُ التَّوْحِيْدِ قِراَءَةُ الْقُرْآنِ باِلتَّدَبُّرِ وَقِياَمُ اللَّيْلِ
Hakikat tauhid adalah membaca al-Qur’an dengan merenungi artinya dan bangun malam.

مَـا ارْ تَقَى اِلَى اْلقِمَّـةِ اِلاَّ بالْهِمَّـةِ
Tidak akan naik pada derajat yang tinggi kecuali dengan himmah (cita-cita yang kuat).

مَنِ اهْـتَمَّ بِالْوَقْتِ يَسْـلَمْ مِنَ الْمَقْتِ
Barangsiapa memperhatikan waktu, maka ia akan selamat dari murka Allah.

سَبَبٌ مِنْ أسْبَابِ نُزُوْلِ الْبَلاَءِ وَ الْمَصَائِبِ قِلَّةُ الْبُكَائِيْنَ فِى جَوْفِ اللَّيْلِ
Salah satu dari penyebab turunnya bencana dan musibah adalah sedikitnya orang yang menangis di tengah malam.

أهْلُ اْلإتِّصَالِ مَعَ اللهِ اَمَْلَئَ اللهُ قُلُوْبَهُمْ بِالرَّحْمَةِ فِى كُلِّ لَحْـظَةٍ
Orang yang selalu mempunyai hubungan dengan Allah, Allah akan memenuhi hatinya dengan rahmat di setiap waktu.

Rasulillah wal Badawi

بِرَسُوْلِ اللهِ وَالْبَدَوِىْ

بِرَسُوْلِ اللهِ وَالْبَدَوِىْ    ﴿﴾  وَرِجَالٍ مِنْ بَنِى عَلَوِىْ

سَلَكُوْافِى الْمَنْهَجِ النَّبَوِىْ ﴿﴾  بِرَسُوْلِ اللـهِ وَالْبَدَوِىْ


رَبِّ اِنِّى قَدْ مَدَدْتُ يَدِىْ  ﴿﴾  مِنْكَ اَرْجُوْ فَائِضَى الْمَدَدِ

فَاَغِـثْنِى اَنْتَ مُعْتَمَدِىْ  ﴿﴾  بِرَسُـوْلِ اللّهِ وَالْبَدَوِىْ


قُمْتُ بِاْلاَعْتَابِ مُعْتَرِفًـا  ﴿﴾    لِعَظِيْمِ الذَّنْبِ مُقْتَرِفًـا

مِنْ بِحَارِالْفَضْلِ مُغْتَرِفًـا ﴿﴾   بِرَسُوْلِ اللّـهِ وَالْبَدَوِىْ

جُوْدُكَ الْمَأْلُوْفُ اَطْمَعَنِىْ  ﴿﴾   وَاِلى رَجْـوَاكَ  اَرْجَعَنِىْ

رَبِّ فَاذْهِبْ مَايُرَوَّعُنِىْ  ﴿﴾  بِرَسُوْلِ اللّـهِ وَالْبَدَوِىْ

Isyfa'lana


ياَ رَسُوْلَ اللهْ ياَ ياَ نَبِىْ


ياَ رَسُوْلَ اللهْ ياَ ياَ نَبِىْ.........لَكَ الشَّفاَعَةْ وَهَذاَ مَطْلَبِيْ

أَنْتَ الْمُرْتَجَى يَوْمَ الزِّحاَمْ....... إِشْفَعْ لَناَ لَناَ لَناَ ياَحَبِيْبَناَ

لَكَ الشَّفاَعَةْ ياَ رَسُوْلَ اللهْ

لُدْناَ بِكَ ياَ حَبِيْبُ..........أَنْتَ لِلْخَلْقِ ياَ طَبِيْبُ

إِشْفَعْ لَناَ لَناَ لَناَ ياَحَبِيْبَناَ.....لَكَ الشَّفاَعَةْ ياَ رَسُوْلَ اللهْ

جِئْتَ لِلْبَرَاياَ بِالشَّرْعِ الْمُبِيْنْ......تَنْشُرُ الْهِداَ يَةْ بَيْنَ الْعاَلَمِيْنْ

إِشْفَعْ لَناَ لَناَ لَناَ ياَحَبِيْبَناَ.....لَكَ الشَّفاَعَةْ ياَ رَسُوْلَ اللهْ

Qad Kafani

قد كفاني علم ربي


قَدْ كَفَانِي عِلْمُ رَبِّي

Cukup bagiku pengetahuan Tuhanku


مِنْ سُؤَالِي وَاخْتِيَارِي

Daripada permintaan dan usahaku

فَدُعَـائِي وابْتِهـَالِي

Doa serta permohonanku

شَـاهِدٌ لِي بِافْتِقَارِي

Sebagai bukti pada kefakiranku

فَلِهَذَا السِّرِّ أَدْعُـو

Oleh kerana rahsia itu aku berdoa

فِي يَسَارِيْ وَعَسَارِي

Pada saat aku senang dan susah

أَنَا عَبْدٌ صَارَ فَخْرِي

Aku adalah hamba, menjadi kebanggaanku

ضِمْنَ فَقْرِي وَاضْطِرَارِي

Dalam kefakiran dan keperluanku

يَا إِلَـهِي وَمَلِيْـكِي

Wahai tuhanku yang memiliki aku

أنْتَ تَعْلَمُ كَيْفَ حَالِي

Kau Maha tahu akan keadaanku

وَبِمَا قَدْ حَـلَّ قَلْبِـي

Dan apa yang berada dalam hatiku

مِنْ هُمُوْمٍ وَاشْتِغَالِـي

Dari kesedihan dan kesibukanku

فَتَـدَارَكْنِي بِلُطْفٍ

Maka tolonglah aku dengan kelembutan

مِنْكَ يَا مَوْلَى الْمَوَالِي

Dari-Mu Wahai Tuhan seluruh hamba

يَا كَرِيْمَ الْوًَجْهِ غِثْنِي

Wahai yang Maha Pemurah tolonglah hamba

قَبْلَ أنْ يَفْنَى اصْطِبَارِي

Sebelum lenyap kesabaran hamba

يَا سَرِيْعَ الْغَوْثِ غَوْثًا

Wahai pemberi pertolongan dengan segera

مِنْكَ يُدْرِكْنَا سَرِيْعًا

Berilah kami dengan segera pertolongan-Mu

يَهْزِمُ الْعُسْرَ وَيَأْتِي
Yang dapat menghilangkan kesulitan dan dapat mendatangkan

بِالَّذِي نَرْجُو جَمِيْـعًا

Dengan apa-apa yang kami harapkan semua

يا قَرِيْـبًا يا مُجِيْـبًا

Wahai yang Maha dekat, dan menjawab

يا عَلِيْمًا يا سَمِيْـعًا

Wahai yang Maha mengetahui dan mendengar

قَدْ تَحَقَّقْتُ بِعَجْزِي

Aku mengaku akan kelemahanku

وخُضُوْعِي وانْكِسَارِي

Dan ketaatan serta kesedihanku

لَمْ أَزَلْ بِالْبَابِ وَاقِفْ

Aku sentiasa menunggu di hadapan pintu rahmat-Mu

فَارْحَمَنْ ربِّي وُقُوْفِي

Wahai Tuhanku berikanlah rahmat padaku

وبِوَادِي الْفَضْلِ عَاكِفْ

Pada lembah kurnia-Mu aku berada

فَأَدِمْ ربِّي عُكُـوْفِي

Wahai Tuhanku tetapkanlah keberadaanku disana

ولِحُسْنِ الظَّنِّ لاَزِم

Aku sentiasa mempunyai prasangka baik

فَهُوَ خِلِّي وحَلِيْفِي

Ia (prasangka baik) adalah teman dan kawanku

وأَنِيْسِي وجَلِيْسِي

Juga penyenang bagiku dan yang setia bersamaku

طُوْلَ لَيْلِي ونَهَارِي

Sepanjang malam dan siangku

حَاجَةً فِي النَّفْسِ يَا ربّ

Wahai Tuhanku, dalam jiwa ini terdapat hajat

فَاقْضِهَا يا خَيْرَ قَاضِي

Tunaikanlah Wahai yang Maha Menunaikan

وأَرِحْ سِرِّي وقَلْبِي

Tenteramkanlah rahsia dan hatiku

مِنْ لَظاَهَا والشُّوَاظِ

Dari kebimbangan dan pergolakannya

فَالْهَنَا والْبَسْطُ حَالِي

Sungguh aku akan berada dalam ketenteraman dan ketenangan
وشِعَارِي ودِثَارِي

Dan juga (ketenteraman dan ketenangan) menjadi pakaianku

Friday 25 January 2013

Miftahul Jannah by Habib Syech As-Segaff


Cinta Rasul صلى الله عليه وآله وسلم




Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi, akhirnya majlis pengkhataman Kitab Usuluddin (I'tikad Ahlis Sunnah Wal Jama'ah) di Madrasah Sidi Ibrahim Ar-Rashid selamat diadakan pada malam Ahad 6 Zul Qa'edah 1433H bersamaan 22 September 2012 dengan izin dan pertolongan Allah Ta'ala jua.

Kitab ini adalah karangan Al-Alim Al-'Allamah Asy-Syeikh Muhammad Mukhtar Bin 'Athorid Al-Jawiy Al-Betawiy Al-Boqoriy Al-Makkiy رحمه الله تعالى ونفعنا به وبعلومه في الدارين آمين

Al-Faqir mula mensyarahkan kitab Ushuluddin ini pada 12 Jumadil Akhir 1432H bersamaan 16 Mei 2011 dan mengkhatamkannya pada malam 6 Zul Qa'edah 1433H bersamaan 22 September 2012. Ini adalah kitab kedua yang telah faqir syarahkan di Madrasah tersebut setelah pengajian Kitab Ushulut Tahqiq yang dimulakan pada tahun 2009 dan dikhatamkan pada 2011. Segalanya dengan izin dan pertolongan Allah Ta'ala jua. ما شاء الله كان وما لم يشاء لم يكن

Semoga Allah سبحانه وتعالى memberkati serta merahmati pengarangnya, pensyarahnya, pembacanya, dan setiap murid yang menuntutnya dengan hati yang salim, serta memberikan futuh dan ma'rifah kepada semua penuntut aqidah salimah. اللهم آمين ..

PENGENALAN RINGKAS KITAB USHULUDDIN DAN PENGARANGNYA.

Ketika catatan ini ditulis, usia kitab ini telah pun berumur 110  tahun. Kitab ini diselesaikan pada hari khamis 24 zul kaedah 1323H. Sehingga kini kitab ini masih lagi dicetak dan dijual di kedai-kedai kitab agama. Ternyata ia sebuah kitab yang berkah.

Kitab ini membahas secara ringkas dan padat mengenai perkara Ilahiyyah, Nubuwwaah, Sam'iyyah dengan pendekatan ulama khalaf. Juga menerangkan ikutan dalam mazhab, ikutan dalam thoriqat, mengenali Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم  , ahli keluarganya, isteri-isterinya, martabat kemuliaan makhluk, imam mazhab yang empat, nama-nama nabi عليهم الصلاة والسلام , kitab-kitab Allah serta para malaikat.

Kitab ini sangat bagus untuk penuntut ilmu di peringkat mubtadi yang ingin mendalami Ilmu Tauhid. Ini turut diakui oleh pentashih kitab ini iaitu Al-'Alim Al-'Allamah Asy-Syeikh Muhammad Idris Al-Merbawi Al-Firaqi (sohib Bahrul Maazi & Qomus Al-Marbawi). Pada kitab cetakan Mustafa Al-Baabi Al-Halabi Wa Awladuhu, Mesir, beliau memberikan taqriz terhadap kitab ini dengan berkata :

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف المرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين
Adapun kemudian daripada itu, maka hamba terangkan bagi awamil ummah kita (yang berbangsa) melayu, adalah kitab ini amatlah (besar) manfaatnya bagi seseorang (yang ingin) menuntut (ilmu) tauhid, kerana mudah fahamnya dan baik susunannya. Maka sayugialah jangan luput daripada seseorang itu bagi 
mula-mula tuntutannya. Mudah-mudahan dengan berkat usaha pengarangnya iaitu Tuan 
yang masyhur 'Alim lagi 'Allaamah Asy-Syeikh Muhammad Mukhtar 
Bin 'Atharid Al-Jawiy, mencapailah seseorang itu kekemuncak
hajat di dunia dan akhirat. Aamiin.." (intaha)

Bahkan menurut al-Faqir, kitab ini juga besar manfaatnya bagi peringkat pertengahan dan tinggi. Istimewa mengenai perbahasan tentang (Mukhalafatuhu Lil Hawadits) dan (Wahdaniah).

Faqir titipkan di sini doa yang ditulis oleh Pengarang رحمه الله تعالى di akhir kitabnya, doa yang penuh makna, penuh raja' disulami khauf, penuh mahabbah dan tawadhu' sesama ummat Jaddina صلى الله عليه وآله وسلم , penuh ta'zim dan tadharru' terhadap Saiyiduna Muhammad  صلى الله عليه وآله وسلم. Moga berkahnya tercurah kepada kita semua..

Berkata alMusannif  رحمه الله تعالى:

جعلنا الله وآبائنا وأمهاتنا وإخواننا وقراباتنا وأحبائنا ومشايخنا من أهل الجنة, واحفظنا وإياهم من عذاب النار وجميع أهوال يوم القيامة, واختم لنا ولهم بحسن الخاتمة, وارزقنا وإياهم الصحة والعافية في الدين والدنيا والآخرة بجاه سيدنا محمد صلى الله عليه وسلم وآله وصحبه أجمعين. وصلى الله علي سيدنا محمد وعلى آله وصحبه كلما ذكره الذاكرون, وغفل عن ذكره الغافلون, وسلم, ورضي الله تعالى عن أصحاب رسول الله أجمعين, وحسبنا الله ونعم الوكيل, والحمد لله رب العالمين

Menterjemahkan dia oleh alfaqir  غفر الله له ولمشايخه:

"Semoga Allah menjadikan kami, bapa-bapa kami, ibu-ibu kami, saudara-saudara kami, kaum kerabat kami, kekasih-kekasih kami, dan para guru-guru kami dari kalangan ahli syurga. Semoga Allah memelihara kami dan memelihara mereka dari azab neraka dan dari segala ketakutan pada hari kiamat kelak.

Semoga Allah mengakhiri hayat kami dan mereka dengan husnul khatimah dan melimpahkan kepada kami dan kepada mereka dengan nikmat kesihatan, keafiatan di dunia dan di akhirat, bertawasul oleh kami dengan keberkatan Junjungan Besar Saiyidina Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wa Sallam, keluarganya dan para sahabatnya sekelian.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan kesejahteraan ke atas Penghulu kami Muhammad, keluarganya dan para sahabatnya, setiap kali ketika telah berzikir mengingatiNya oleh orang-orang yang berzikir dan ketika telah lalai daripada mengingatiNya oleh orang-orang yang lalai. Semoga Allah Ta'ala meredhai para sahabat Rasulillah sekeliannya.

Cukuplah Allah sebagai pemelihara kami dan sebaik-baik tempat berserah. Dan segala puji-pujian itu milik bagi Allah Tuhan sekelian alam."

آمين يا ارحم الراحمين بجاه نبي الأمين

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang manakib sejarah hidup dan keilmuwan Al-'Allamah Asy-Syeikh Muhammad Mukhtar Bin 'Athorid Al-Jawiy Al-Betawiy Al-Boqoriy Al-Makkiy رحمه الله تعالى ونفعنا به وبعلومه في الدارين آمين , bolehlah dirujuk di SINI 

Sebagai meraih berkah musannif serta para ulama yang menyebarkan ilmu dan I'tikadnya, maka faqir bacakan juga pada malam khatam itu akan sanad yang bersambung kepada pengarangnya yang mulia itu. Semoga Allah Ta'ala mencurahkan rahmat dan berkah kepada kami semua. Aamiin..

MENJAMU MAKAN AMALAN MULIA


Para hadirin kemudiannya dijamu oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Abu Samah di rumah kediamannya di sebelah Madrasah. Kami tidak menyangka Tuan Haji Abu telah menempah masakan berlauk kambing yang istimewa sempena majlis ini. Mereka meraikannya sebagai tanda kesyukuran dapat mempelajari kitab yang berkah itu sedari awal hinggalah khatam.

Meskipun kitab tersebut hanya memiliki 8 helai, namun tempoh mengaji yang agak lama hingga memakan masa setahun lebih, membuatkan mereka rasa gembira serta bersyukur apabila kitab tersebut berjaya dipelajari sehingga khatam. Daripada rasa kesyukuran inilah, maka hadirin dijamu makan dengan jamuan yang istimewa.

Amalan menjamu makan ini sebenarnya bisa menempatkan kita ke syurga Allah. Beruntunglah bagi mereka yang mempunyai kelebihan lalu memanfaatkannya dengan cara menjamu orang ramai makan. Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم  pernah bersabda :

يا ايها الناس اطعموا الطعام, وافشوا السلام, وصلوا الارحام, وصلوا بالليل والناس نيام, تدخلوا الجنة بسلام

"wahai manusia! jamulah oleh kamu akan makanan, dan sebarkan oleh kamu akan ucapan salam, dan sambunglah oleh kamu akan silaturrahim, dan solatlah kamu di waktu malam disaat manusia sedang tidur, nescaya kamu masuk akan syurga dengan sejahtera." (Riwayat al-Baihaqi)

Sementara dalam Mustadrak 'Ala Shohihain bagi Imam Al-Hakim, diriwayatkan sabda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم  :

إن خيركم من أطعم الطعام

"Sesungguhnya yang paling baik dikalangan kamu ialah orang yang menjamukan makanan"

(Tuan Haji Abu – sebelah kiri al-faqir)

Tuan Haji Abu adalah seorang yang mulia, dikenal sebagai orang yang sentiasa memuliakan para ulama, dikenal sebagai orang yang sentiasa menjaga kebajikan para asatizah khususnya di Madrasah Sidi Ibrahim, dikenal sebagai pemurah dan dermawan, yang sentiasa mendokong pembangunan institusi Pondok dan Madrasah. Semoga Allah Ta'ala memanjangkan umurnya dan ahli keluarganya serta dilimpahi keberkatan dan istiqamah dalam mengerjakan amal soleh.

Kelebihan sifat pemurah dan dermawan ini ada terdapat dalam Sunan At-Tirmizi, diriwayatkan daripada Abi Hurairah رضي الله عنه  bahawa Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم  bersabda :

السخي قريب من الله, قريب من الجنة, قريب من الناس, بعيد من النار
والبخيل بعيد من الله, بعيد من الجنة, بعيد من الناس, قريب من النار
 ولجاهل سخي أحب إلى الله عز وجل من عالم بخيل

"Dermawan yang pemurah itu hampir kepada Allah, hampir kepada syurga, hampir kepada manusia, jauh daripada neraka. Dan orang yang bakhil itu jauh dari Allah, jauh dari syurga, jauh dari manusia, hampir kepada neraka. Dan orang yang jahil yang pemurah lebih disukai oleh Allah عز وجل daripada orang yang 'alim yang bakhil."

Sifatnya yang suka memuliakan serta berkhidmat kepada 'alim ulama selalu membuatkan faqir menjadi terharu. Hanya kepada Allah jua tempat faqir memohon agar beliau dan ahli keluarganya dikurniakan limpahan ilmu, makrifah dan rezeki yang berkah.

Saya yakin amal solehnya itu akan membuahkan hasil yang soleh buat dirinya serta zuriatnya. Teringat faqir akan pesan para masyaikh :

من أراد أن يكون ابنه عالما, ينبغى أن يراعى الغرباء من الفقهاء ويكرمهم ويطعمهم ويطيعهم شيئا 
وإن لم يكن ابنه عالما يكون حفيده عالما

"Barangsiapa yang ingin anaknya menjadi orang 'alim, hendaknya ia memelihara, memuliakan dan memberikan sesuatu kepada ahli agama yang ghuraba' . Jika ternyata anaknya tidak menjadi orang 'alim, maka cucunya yang akan menjadi orang 'alim."

Moga seperti inilah yang akan dianugerahkan kepada beliau serta setiap insan yang seperti beliau. Allahumma Aamiin.

Kemudian kami dijamu lagi di rumah Yang Berbahagia Tuan Haji Mustafa Kamal. Kami dihidangkan beriani kambing. :) Semoga Allah Ta'ala melimpahkan keberkatan kepada beliau dan keluarganya.

Sukar juga menolak pelawaan Tuan Haji Kamal sekalipun telah kekenyangan dek jamuan di rumah Tuan Haji Abu. Namun menunaikan jemputan seorang muslim itu merupakan haknya yang perlu ditunaikan. Imam Ahmad dalam Musnadnya meriwayatkan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda :

حق المسلم على المسلم ست قيل ما هي يا رسول الله قال إذا لقيته فسلم عليه
وإذا دعاك فأجبه وإذا استنصحك فانصح له وإذا عطس فحمد الله فشمته
 وإذا مرض فعده وإذا مات فاتبعه

"Hak seorang muslim atas seorang muslim itu ada enam, ditanya apakah dia wahai rasulallah? Sabda nabi, apabila engkau bertemunya maka ucapkanlah salam, dan apabila dia mengundangmu maka tunaikanlah, dan apabila ia meminta nasihat maka berilah nasihat kepadanya, dan apabila dia bersin lalu mengucapkan الحمد لله  , maka ucaplah يرحمك الله , dan apabila ia meninggal dunia maka hantarlah ke tanah perkuburan."

Tidak patut bagi kami mengabaikan pesanan Rasul ini. Tambah pula Tuan Haji Kamal ini dikira rapat dengan saya. Beliau telah bertalaqqi bersama faqir sejak tahun 2006 lagi. Beliau sering menyertai rehlah dakwah dan jaulah ilmiah bersama faqir. Kesungguhannya pada menuntut ilmu wajar dijadikan contoh teladan kepada golongan walad dan syabab.

Kekayaan dan urusan dunia tidak menjadi penghalang baginya dalam menunaikan kewajipan mendalami ilmu-ilmu Allah. Semoga Allah Ta'ala memberikan futuh kepadanya dan menambahkan rasa cintanya kepada ilmu dan ulama. Aamiin..

Alangkah indahnya kalam Sayyiduna Ali bin Abi Thalib رضي الله عنه  yang pernah bersyair :

رضينا قسمة الجبار فينا * لنا علم وللأعداء مال
"Kami redha dengan bahagian yang diberikan oleh Allah, bagi kami diberikan ilmu, sedang bagi musuh diberikan harta benda."

فأن المال يفنى عن قريب  * وإن العلم يبقى لا يزال
"Kerana sesungguhnya harta benda itu akan binasa dalam jangka masa pendek, sedang ilmu akan abadi dan tidak musnah."

Kepada yang masih muda remaja, gunakanlah kesempatan mudamu dengan menekuni ilmu agama. Kepada yang terlalu sibuk dengan urusan dunia, janganlah duniamu itu menjadikan dirimu hina. Bukankah Junjungan Besar صلى الله عليه وآله وسلم pernah mengingatkan kita :

اغتنم خمسا قبل خمس : شبابك قبل هرمك ، وصحتك قبل سقمك ، وغناءك قبل فقرك ، وفراغك قبل شغلك ، وحياتك قبل موتك

"Rebutlah lima sebelum lima, masa mudamu sebelum tuamu, dan masa sihatmu sebelum sakitmu, dan masa kayamu sebelum fakirmu, dan masa lapangmu sebelum sibukmu, dan masa hidupmu sebelum kematianmu."

Betapa bagusnya kalam syair ini :

وأيم الحداثة فاغتنمها * ألا إن الحداثة لا تدوم
"Raihlah kesempatan di waktu mudamu, ingatlah masa mudamu tidak akan abadi."

Dan renungilah nasihat ulamak ini :

هي الدنيا أقل من القليل * وعاشقها أذل من الذليل
"Dunia itu sedikit dari yang sedikit, dan seorang yang tenggelam di dalamnya lebih hina dari orang yang hina"

تصم بسحرها قوما وتعمي * فهم متحيرون بلا دليل
"Akibat sihir dunia, ramai orang yang menjadi tuli dan buta, sehingga mereka menjadi bingung tanpa pegangan"

Semoga kita semua tidak menjadi orang yang lalai, tenggelam serta terpedaya dengan nikmat dunia yang menipu.

اللهم إنا نسألك العفو والعافية واليقين في الأولى والآخرة .. آمين يا رب العالمين
"Ya Allah, kami memohon kepadaMu keampunan, keselamatan dan keyakinan di dunia dan di akhirat"

 (Tuan Haji Kamal – sebelah kiri al-faqir)

Khusus di rumah Tuan Haji Kamal ini, kami diserikan lagi dengan persembahan qasidah daripada pelajar-pelajar Pondok Ribath Tuan Guru Hj Muhammad Lip, Muar. Semoga Allah memberkati kami serta menjadikan pelajar-pelajar ini sebagai para 'alim ulama dan ahli ibadah yang teguh ilmu dan amalnya dengan berkahnya Nabi yang terpuji. Amin.

(Qashidah oleh pelajar Ribath TG Hj Muhammad Lip, Muar)

Alangkah berkah saat dilaungkan alunan bait-bait indah memuji keAgungan Rasul Tercinta, semulia-mulia makhluk, setinggi-tinggi martabat, Sayyiduna Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم . 

Berkata Syeikh Ibrahim al-Laqqaniy  رحمه الله تعالى :

وأفضل الخلق على الإتطلاق * نبينا فمل عن الشقاق
"Dan semulia-mulia makhluk secara mutlak itu ialah Nabi kita, maka berpalinglah dari perselisihan."

Mendengar adik-adik yang mulia itu mendendangkan puji-pujian kepada Allah dan rasulNya, membuatkan airmata mengalir tanpa sedar. Sungguh dirimu wahai Rasul صلى الله عليه وآله وسلم adalah makhluk yang paling mulia. Betapapun kami cuba memuliakanmu, ternyata kemuliaanmu mengatasi segala pujian itu. 


Hanya Allah jualah yang paling layak menempatkan kepujian bagimu yang tiada bandingan. Perhatikanlah bagaimana Allah mengistiharkan keagungan dan kemuliaan akhlak Nabiyuna Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم :
وإنك لعلى خلق عظيم
"Dan sesungguhnya engkau benar-benar mempunyai akhlak yang sangat mulia"

Sungguhpun kalam Allah ini kelihatan ringkas, namun bagi mukmin yang suka bertadabbur dengan ayat-ayat Allah, pasti dapat merasakan betapa sukarnya bagi kita mengeluarkan cahaya-cahaya indah dalam persaksian Allah ini, serta lemahnya kita dalam nak menghimpunkan segala jenis akhlak yang pernah wujud di alam ini.

Ketahuilah oleh mu, bahawa ayat yang ringkas ini adalah bagi memudahkan kita mengingati bahawa segala jenis akhlak yang pernah dianggap mulia di atas muka bumi ini sebenarnya terhimpun pada diri mulia Nabi صلى الله عليه وآله وسلم , bahkan Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم lah yang menyempurnakan segala akhlak yang mulia itu.

Guru kami yang mulia, Al-'Alim Al-'Allaamah Asy-Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al-Buthiy حفظه الله تعالى pernah berkata :

سمي خلقه عظيما لاجتماع مكارم الاخلاق فيه

"Dinamakan akhlak rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم  sebagai yang paling agung adalah kerana berhimpunnya segala akhlak-akhlak yang mulia pada batang tubuh Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ."(intaha)

Jika terdapat insan lain yang memiliki akhlak mulia, maka ia masih belum sempurna. Jika terdapat insan lain yang mempunyai peribadi yang mulia, maka ia masih belum lengkap pada terhimpunnya sekelian akhlak yang mulia.

Pendek kata, jika dikatakan si fulan bin fulan itu berakhlak mulia, itu hanya pada sebahagian sudut sahaja. Namun di sisi lain masih terdapat lagi kecacatan dan kekurangan. Adapun ke atas Nabi kita صلى الله عليه وآله وسلم , maka tiada ruang dan sudut yang kosong daripada akhlak yang mulia serta sifat-sifat terpuji.

Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم sendiri pernah menegaskan :

إن الله بعثني لاتمم مكارم الاخلاق
"Sesungguhnya Allah membangkitkan aku untuk menyempurnakan segala akhlak-akhlak yang mulia."

Sekiranya kita merenung pada mukjizat ayat وإنك لعلى خلق عظيم , nescaya lemahlah kita pada menghurai dan menterjemahkannya. Hurailah dari sudut apa pun, samada dari sudut ilmu nahunya, ilmu sarafnya, ilmu balaghahnya, ilmu bayannya, ilmu tafsirnya, ilmu hadithnya, ilmu sirahnya, ilmu akhlaknya, ilmu aqidahnya, apa pun jua bidang ilmu, nescaya kamu mampu membicarakannya, nescaya kamu menerima fawaed yang banyak, namun akan berkesudahan dengan tunduk malu serta menitiskan airmata kerana cahaya keagungan akhlak mulia Nabi  صلى الله عليه وآله وسلم benar-benar tidak dapat ditandingi oleh sekelian makhluk Allah imma di atas dunia, wa imma di negeri akhirat.!

Dengan berkat kemuliaan akhlak Bagindalah, jesteru kamu diberi ilham dan ilmu pada menghurainya, dan darjat kamu pun menjadi mulia. Sebaliknya jika kamu mengingkari keperibadian dan akhlak mulia yang ada pada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , nescaya kamu menjadi jahil dan hina.

Jadilah insan mulia dan berilmu dengan memuliakan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dan jangan sampai kamu menjadi hina dan berterusan jahil kerana mengingkari akan kemuliaan akhlak Baginda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم .

Faqir berikan satu contoh. Contoh yang memancarkan cahaya akhlak terpuji Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, sekalipun sekali pandang ia biasa-biasa saja, namun bila dicermati, bila direnungi, bila difahami, dengan mata hati yang insaf, nescaya kita akan tersenyum, lalu menitiskan airmata kekaguman, airmata kekerdilan, airmata pengakuan, airmata keinsafan, dan airmata mahabbah..

Imam at-Tirmizi رحمه الله تعالى  meriwayatkan dalam Syama'il Muhammadiyah sebuah hadith daripada sayyidatina 'Aisyah رضي الله عنها  katanya, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda :

نعم الإدام الخل
"sebaik-baik lauk adalah sos cuka."

Hadith ini dimasukkan di dalam Bab Lauk Pauk yang dimakan oleh Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم . Ramai yang membacanya memahami bahawa cuka adalah sebahagian makanan yang disukai oleh Rasulullahصلى الله عليه وآله وسلم . Ramai juga orang yang mensyarahkan hadith ini hanya memperkatakan tentang khasiat dan kelebihan cuka.

Semua itu tidak dinafikan. Bahkan sesuatu yang dikatakan baik oleh Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم pasti mengandungi hikmah dan kebaikan. Tetapi jika kita mengkaji perkara yang tersurat disebalik hadith ini, pasti kita akan berjumpa dengan akhlak terpuji Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم .

Dalam al-Mawahibil Laduniyah bagi Syeikh Ibrahim al-Bajuriy رحمه الله تعالى ada dijelaskan bahawa hadith ini bukanlah memberi maksud bahawa cuka adalah lauk yang terbaik daripada segala jenis lauk. Bahkan hadith ini nak menyatakan akhlak terpuji Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم terhadap isterinya Siti Aisyah.

Ibn Qayyim menyatakan bahawa suatu ketika Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم pulang ke rumah. Isterinya menghidangkan roti untuk dimakan, lalu baginda bertanya kepada isterinya, "apakah ada lauk dalam rumah ini?" . Isterinya menjawab "tiada apa-apa melainkan sos cuka ini saja". Di saat itulah Nabi صلى الله عليه وآله وسلم bersabda :

نعم الإدام الخل
"sebaik-baik lauk adalah sos cuka!."

Inilah sikap Nabi kita صلى الله عليه وآله وسلم. Lihatlah bagaimana akhlak Nabi صلى الله عليه وآله وسلم  yang sentiasa redha dengan kezuhudan, yang selalu bersyukur dengan setiap nikmat, yang tak pernah merungut dengan segala kekurangan, yang tidak akan mencela segala makanan yang dihidangkan, yang tak pernah menghampakan si isteri, yang selalu meraikan isteri-isterinya.

Jikalau isteri baginda mengatakan hanya ada lauk sayur sahaja, pasti Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلمmengatakan "sebaik-baik lauk adalah sayur!". Kerana Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم tidak pernah merungut tentang makanan. Dan Nabi adalah seorang yang selalu menyenangkan hati para isterinya. Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم tidak kedekut untuk memuji isterinya, dan selalu menghargai khidmat para isterinya.

Adakah akhlak kita dapat menandingi indahnya akhlak Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ?? Berapa kali kita merungut dengan masakan si isteri? Berapa kali kita pernah mencemuh makanan yang dihidangkan kepada kita? Berapa kali kita menyakiti hati isteri kita yang ikhlas menyiapkan hidangan kepada kita? Berapa kali kita merasa hina dan malu jika makan nasi hanya berlaukkan kicap??

Pernahkah kita menghargai khidmat yang diberikan oleh isteri kita dalam bentuk memujinya? Pernahkah kita meraikan segala bentuk kekurangan yang menimpa kita dengan perkataan yang indah?  

Allahu Rabbi.. Sungguh terpuji akhlak Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم . Sungguh indah peribadi Baginda صلى الله عليه وآله وسلم . Benarlah beliau adalah semulia-mulia makhluk. Seindah-indah akhlak. Secantik-cantik peribadi.

أكرم بخلق نبي زانه خلقه * بالحسن مشتمل بالبشر متسم
"Alangkah mulia peribadi Nabi صلى الله عليه وآله وسلم , yang dihiasi pekertinya dengan keindahan yang memancarkan sinar wajah yang berseri."

كالزهر في ترف والبدر في شرف * والبحر في كرم والدهر في همم
"Laksana bunga pada keindahan, dan cahaya purnama pada kemuliaan, seumpama luasnya laut samudera pada sifat kepemurahan, dan seperti panjangnya masa pada impian membebaskan ummatnya daripada kesesatan."

Inilah hakikatnya. Sekalipun masih terdapat setengah mereka yang sanggup menghina kemulian Baginda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم . Mereka itu buta bashar dan buta bashirah. Tiada melihat cerahnya keindahan cahaya Nubuwah yang dengannya menyelamatkan kita semua daripada jurang neraka yang siksanya amat pedih.

 (ketika menyuarakan bantahan terhadap filem yang menghina Nabi Besar Kita )

Benarlah kata penyair :
عاب الكلام أنس الأخلاق لهم * وما عليه  إذا من ضرر
ما ضر شمس الضحى في الأفق طالعة * أن لا يرى ضوؤها من ليس ذا بصر
"Mencela oleh manusia akan perkataan yang tiada habuan bagi mereka itu pada pengetahuannya, padahal tidak ada atas perkataan salah dan rosak apabila mencela mereka itu akan dia. Tidaklah lenyap cahaya matahari di waktu dhuha pada ketika terbitnya di ufuk, dek kerana tidak dapat melihatkan cahayanya oleh orang yang buta."

Berkata Imam al-Busyiri رحمه الله تعالى :
وكل آي أتى الرسل الكرام بها * فانما اتصلت من نوره بهم
"Semua mukjizat yang dibawa para rasul yang mulia, hanyalah pancaran cahayanya terhadap mereka."

فانه شمس فضل هم كواكبها * يظهرن أنوارها للناس في الظلم
"Sungguh ia adalah matahari keutamaan dan mereka adalah bintang-bintangnya, yang memancarkan cahaya bagi manusia di kegelapan"

Jadilah insan yang muwafaqat dengan perisytiharan Allah terhadap kemuliaan Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم dan jangan sampai menjadi insan yang muwafaqat dengan tipudaya syaitan dengan melakukan perbuatan dan mengucapkan sesuatu ucapan yang menyakiti hati baginda serta menjatuhkan martabat Rasul Junjungan kita.

Hendaklah selalu ada dijiwa kita perasaan malu terhadap Allah dan RasulNya صلى الله عليه وآله وسلم .

Imam al-Qurtubiy رحمه الله تعالى meriwayatkan dalam Tafsirnya, disaat Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلمmembaca firman Allah :

إن تعذبهم فإنهم عبادك وإن تغفر لهم فإنك أنت العزيز الحكيم
"Jika Engkau menyeksa mereka,(maka tidak ada yang dapat menghalangnya) kerana sesungguhnya mereka adalah hamba-hambaMu, dan jika Engkau mengampunkan mereka, maka sesungguhnya Engkau sahajalah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana."

فرفع يديه وقال : اللهم أمتي أمتي وبكى
"lalu Nabi صلى الله عليه وآله وسلم mengangkat kedua tangannya dan bersabda sambil menangis : Ya Allah! Ummatku! Ummatku!"

Lihatlah betapa kasihnya Nabi صلى الله عليه وآله وسلم terhadap umatnya. Segala sesuatu yang menakutkan dan menyakitkan yang boleh terkena kepada umatnya, Nabi صلى الله عليه وآله وسلم pasti kerisauan, bimbang dan sedaya upaya ingin menyelamatkan ummatnya daripada sebarang azab dan kesakitan.

Melihat keadaan nabi yang demikian. Allah Ta'ala memerintahkan Jibril  عليه السلام mendatangi Rasulullahصلى الله عليه وآله وسلم

فقال الله, يا جبريل ! اذهب إلى محمد فقل  له
"Wahai Jibril! Pergilah kamu kepada Muhammad, dan katakanlah kepadanya bahawa Allah berfirman kepadamu.."

إنا سنرضيك في أمتك ولا نسوءك
"Sesungguhnya Kami akan meredhai engkau pada ummat engkau dan Kami tidak akan MENYAKITI engkau dalam urusan ummat engkau."

Allahu Rabbi.. Apakah kita tidak melihat bagaimana sikap Allah terhadap kekasihNya??

Allah tidak mahu menyakiti kekasihnya. Sedang Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم pula tidak mahu ummatnya disakiti. Lalu bagaimana dengan sikap kita? Jika benar kita mencintai Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , maka tidak ada ruang untuk menyakiti Baginda!

Semoga Allah سبحانه وتعالى selalu memelihara dan menjauhkan kita daripada perkataan dan perbuatan yang menyakiti hati Baginda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم . Semoga Allah mencampakkan kepada kita rasa malu terhadap Allah dan RasulNya صلى الله عليه وآله وسلم .



اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَنَا, وَلِأُصُوْلِنَا, وَلِفُرُوْعِنَا, وَلِمَشَايِخِنَا, وَلِأَحْبَابِنَا, وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقَونَا بِالإِيْمَانِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْ ِلأُمَّةِ مُحَمَّدٍ, وَارْحَمْ أُمَّةَ مُحَمَّدٍ رَحْمَةً عَامَّةً, إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

اللَّهُمَّ إِنَّا نَتَوَسَّلُ إِلَيْكَ بِجَاهِ حَبِيْبِكَ وَرَسُولِكَ سَيِّدِ الْمُرْسَلِيْنَ, وَبِآلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَبِالْعُلَمَاءِ الْعَامِلِيْنَ, وَبِأَسْرَارِ أَحْكَمِكَ الَّتِيْ بِهَا فِي الدِّيْنِ, أَنْ تَغْفِرَلَنَا ذُنُوْبَنَا وَتُكَفِّرَ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا, وَتَجْعَلَنَا مِنْ عِبَادِكَ الْمُتَّقِيْنَ وَحِزْبِكَ الْمُفْلِحِيْنَ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ عَدَدَ مَا ذَكَرَهُ الذَّاكِرُونَ, وَغَفَلَ عَنْ ذِكْرِهِ الْغَافِلُونَ