Tuesday, 12 February 2013

Tazkirah (Peringatan)

Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Wahai anakku,
Kehebatan seorang lelaki itu selama mana ia mampu menahan perasaan marahnya, bilamana ia gagal menahan kemarahannya, maka hilanglah kehebatan seorang lelaki itu. Manakala kehebatan seorang wanita itu terletak kepada setinggi mana perasaan malunya, bilamana hilang perasaan malunya, maka hilanglah kehebatan wanita itu.

Wahai anakku,
Bukanlah kekuatan itu kamu tunjukkan kegagahan kamu dihadapan golongan yang lemah, sedang kamu gagal mengawal nafsu amarah kamu. Ketahuilah, keegoaan itu akan lenyap darimu, bilamana kamu diusung ke kuburmu. Lenyapkan kesombongan kamu dengan membanyakkan pergaulanmu dengan golongan yang tawaduk, buanglah perasaan sombongmu dengan membanyakkan menghadiri pengkebumian, dan ambil iktibar dengan apa yang ada di atas kubur, lebih baik dari kamu mengharapkan iktibar setelah berada dalam kubur.

Wahai anakku,
Janganlah kamu berjalan dengan angkuh dan kesombongan di atas muka bumi ini, kerana suatu hari kamu akan masuk ke dalam perut bumi. Janganlah engkau rakus dan perlahap dengan makanan, kelak kamu akan dibaham oleh ulat- ulat dan cacing di dalam kuburmu. Banyakkan mengigati kematian, itu petanda orang yang berakal, kerana sebaik- baik perancangan masa depan, ialah mereka yang merancang selepas kematiannya.

Senyum......

Mama dan Papa

Alkisah ciuman pagi…


Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Sejak kecil saya sering melihat, papa sebelum keluar dari rumah untuk kerja, papa akan mencium dahi mak sambil membisik ‘I love you’ di telinga mama.

Mama pula akan senyum keriangan sepanjang hari, melakukan kerja-kerja rumah menanti kepulangan papa dari kerja.

Bila tiba waktu zohor, selepas solat, mama akan menghantar satu sms untuk papa bertanyakan sudah papa makan tengahari.

Bila lepas azar, mak akan mula ke dapur menyiapkan makanan untuk makan malam bersama papa.

Mama tidak bertanya apakah papa malam ini akan pulang makan. Mama selalu masak dan lepas itu barulah mak menghantar sms ke papa bertanya apakah papa akan pulang untuk makan.

Jika papa kata ya, mama akan tunggu sehingga papa balik baru makan, walaupun perut sudah berbunyi kuat tapi saya akan disuruh makan dulu tanpa menunggu papa.

Satu malam, mama bertengkar dengan papa kerana papa berkata sesuatu yang mama tidak suka.

Pada sebelah paginya, mama tetap menyediakan sarapan pagi untuk saya dan papa.

Tapi mama dan papa tetap tidak bercakap antara satu sama lain.

Pagi itu, ketika papa keluar pintu rumah, papa tidak mengucup dahi mama. Mama pula buat tidak tahu dan tidak memberikan salam pada papa.

Apabila kereta papa sudah keluar, mama menangis.

“Mama, mengapa ngangis?” tanya saya.

“Tak ada apa,” kata mak yang melihat ke ruang tempat ayah meletak kereta yang kini kosong.

Mama balik ke bilik melipat kain. Saya pula bersiap nak 

15 minit kemudian, ada kereta henti di depan rumah. Saya keluar melihat.

Papa patah balik. “Mana mana?”

“Dalam bilik.”

Papa terus ke bilik. Saya mengikut. Papa terus memeluk mama dan mencium dahinya dan membisik ‘I love you’ di telinga mama.

Air mata mama mengalir lagi.

“Hati abang tak tenteram bila abang pergi kerja tanpa salam dan doa ayang,” kata papa sebelum beredar balik ke kerja.

Mama tersenyum semula riang.

“Mama tadi menangis pasal papa ke? Mama senyum ini pun pasal papa ke?”

“Anak mama ini. Ya, mama menangis dan senyum pun untuk papa?” jawab mama.

“Papa ini nakallah, sekejap buat mama ngangis, sekejap buat mama senyum,” kata saya.

“Tak. Papa orang baik. Mama yang sakitkan hati papa semalam. Apa yang mama nak papa beri, tapi itu bukan sumber kegembiraan mama. Mama merajuk semalam tatkala papa letih kerja kerana lupa belikan hadiah buat harijadi ayang. Papa kata terlupa, mama pula terlebih kata papa tiada hati untuk keluarga.

Biasalah perempuan ini mudah merajuk, walaupun salah, dia mengharapkan suaminya datang memujuknya semula. Tapi oleh kerana papa tak buat demikian, mama merajuk dalam hati tak cakap. Tapi bila papa pergi kerja tak cium dahi mama, mama menangis bukan kerana papa, tapi kerana mama terasa terlepas peluang untuk berbaik dengan papa, dan terasa papa tak sayang kat mama. Tapi apabila papa balik mencium dahi mama, mama terasa papa sangat sayang kat mama, dan mama sempat memohon maaf pada papa, sebab itu mama senyum,” kata mama.

Saya tak berapa faham kata-kata mama kerana masa itu kecil.

Sebelah malamnya, saya bertanya papa ketika mama sudah tidur keletihan.

“Papa, mengapa papa patah balik pagi tadi?” tanya saya.

“Mama dah bertungkus-lumus jaga keluarga ini dan ingin pastikan keluarga ini bahagia dan gembira. Tapi bila mama tahu papa terlupa beli harijadi ayang, mama naik berang kata papa tiada hati untuk keluarga. Papa terguris sedikit, tapi papa ada ego tak nak mengaku salah.

Masa memandu terfikir bagaimana mama setiap hari membuat yang terbaik untuk sarapan dan menunggu papa pulang untuk makan malam bersama, papa terasa bersalah bertindak kejam pada mama dengan tidak mencium dahi mama. Papa pulang kerana papa tahu mama adalah orang terpenting dalam hidup papa dan papa tak boleh biarkan mama sedih walaupun sesaat... ayang akan faham bila kahwin nanti,” terang papa.

Kini saya sudah berkahwin – saya akhirnya faham apa yang dilalui mama dan papa. Rupa-rupanya ombak yang melanda mama dan papa sekali-sekala ini bukan merosakkan hubungan tapi ia memperkuatkan lagi kesayangan dan keeratan dengan orang tersayang setelah ombak itu reda kerana kedua-dua akan memahami betapa pentingnya pasangan masing-masing dalam hidup mereka.

Satu lagi cerita untuk renungan malam ini.

Senyum.

Orang Yang Berbudi Mulia

Ustaz Nasruddin Hassan
Riwayat: at-Tirmizi

Hadith: 
Daripada Abu Darda' RA, Rasulullah SAW bersabda: "Bukanlah (golongan ini) daripada orang-orang beriman yang sempurna imannya iaitu orang yang suka mengecam, suka melaknat, suka bercakap kufur dan suka mencarut".

Orang yang berbudi mulia akan sentiasa berusaha menjauhkan dirinya daripada terlibat dalam pertelingkahan yang selalunya tidak berlandaskan pemikiran yang rasional kerana hal ini merupakan satu tindakan yang tidak produktif dan tidak berfaedah malah hanya akan berakhir dengan perpecahan dengan hidup saling bermasam muka di antara satu sama lain.

Islam menyuruh kita agar hidup bersatu padu, bersikap merendah diri dan tidak berlagak sombong. Ini akan memudahkan perhubungan dan kasih sayang sesama umat Islam di mana pemimpin masyarakat dan organisasi yang sebegini juga akan disenangi oleh para pengikut dan kakitangannya malah akan mudah mendapat kerjasama daripada mereka.

Demikian juga kita dilarang menceritakan keburukan orang lain dengan melaknat, mengecam mencemuh, mencarut dan sebagainya kerana ini akan menyebabkan pergaduhan dan hilang rasa hormat antara sesama anggota masyarakat. Maka berlakulah ketegangan yang sebenarnya merugikan keseluruhan umat Islam itu sendiri.

Monday, 11 February 2013

Sifat Halaqah 'Ilmu Rasulullah SAW


Antara yang dipesan oleh Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid dalam sifat-sifat halaqah ilmu adalah seperti berikut:-

  1. Duduk Rapat (Lutut Bertemu Lutut)
  2. Dipenuhi dengan Kesantunan dan Amanah
  3. Tidak Mengangkat Suara
  4. Tiada Kata-kata kesat atau kasar
  5. Menempatkan seseorang tepat di tempatnya
  6. Tidak Memuji-muji apa yang tiada

Sunday, 10 February 2013

Tausiyah Syeikh Zainul Asri

Syarah Sifat Pakaian Nabi saw,Cara Nabi Menyimpan Rambut dan Cara Berjalan Nabi SAW.



Nabi saw suka qomis.Qomis ialah jubah yang lengan terbuka,labuhnya separuh betis.Nabi suka sebab ringkas.Nabi suka qomis ikut sunnah,rekaan itu yang ringkas.Pakaian yang nampak ringkas selain jubah yang kita pakai tidak labuh sangat ialah baju qurtal,menetapi sunnah sebab ia ringkas.

Rida' Nabi suka hibrah sebab warna dan juga jenis lembut.Warnanya ada garis merah dan ada garis biru.Ada jug
a hibrah yang berwarna merah bersulam hijau.Selain meletakkan serban atas kepala,letak rida sebagai lambang kesempurnaan.

Kesempurnaan seseorang yang ada himmah dan mulia ada rida.Lambang orang yang mulia ada rida'.Bila ada orang mulia datang,Nabi saw merendahkan diri serta menghamparkan kain yg mulia ini sebagai hamparan duduk.

Selepas Perang Hunain,mula-mula umat Islam kalah.Lepas itu baru menang.Selepas perang,datang sahabat kepada Nabi.Sahabat keliru ada seorang wanita mendakwa dia adalah kakak Rasulullah. Dia nak jumpa Nabi Muhammad.''Aku kakak Rasulullah.''Sahabat memberitahu hal tersebut kpd Nabi saw.Nabi menyuruhnya supaya datang berjumpa.''Ya ALLAH, Syaima' ''.Nabi kemudian cabut rida'nya lalu menghamparkan kepada wanita itu.

Para sahabat terpinga-pinga,tercari-cari''Kakak? Nabi ada kakak ke?''
Orang Arab tahu apabila buang rida' dan hamparan sebagai hamparan duduk untuk satu orang,maksudnya orang itu sangat mulia.

Wanita itu duduk dan memberitahu,''Rasulullah,aku Syaima' '' Nabi menjawab,'' Ya ,aku tahu.''.Syaima' ialah kakak susuan Nabi saw,anak kepada Halimatus Sa'diah.Bermakna kakak betul jugalah kakak susuan.Ini menunjukkan bilamana seseorang dimuliakan,akan dihamparkan rida'.

Abu Juhaifah apabila melihat Nabi memakai pakaian berwarna merah,seolah-olah katanya melihat kegemerlapan kedua-dua betis Nabi saw.Putihnya Nabi saw adalah kemerah-merahan.Tengkuk Nabi pula keperak-perakan.

Semasa Nabi saw berdoa semasa Perang Badar,dikatakan sampai jatuh lengan baju dan rida' Nabi.Apabila lengan tangan juga jatuh,disebut dalam sebuah hadis kata sahabat,''Kami melihat ketiak Nabi putih.''Allah tidak ciptakan ketiak Nabi ada bulu.Abu Juhaifah melihat sempurnanya Nabi berpakaian begitu elok sampai tidak boleh lupa.

Rambut Nabi jummah (simpan sampai paras bahu).Ada 3 cara Nabi saw simpan rambut.Pertama ghufrah ,iaitu potong rambut betul dengan telinga.Kedua, lammah ,potong rambut paras tengkuk.Dan ketiga jummah yakni potong rambut paras bahu.
Nab saw simpan rambut paras bahu,yang mana apabila berjalan,rambutnya memukul-mukul (menyentuh bahu).

Nabi saw berjalan hebat.Tidak lambat tetapi cepat.Cepat sepertimana orang turun dari bukit.Langkahannya cepat.Kaki depan memijak kemas.Kaki belakang mengangkat macam angkat kaki yang tenggelam dalam tanah.Kemasnya Nabi itu turun dari bukit.Pijak depan kemas,tarik belakang kemas.Dalam masa itu,Nabi saw berjalan dengan tongkat.Bila berjalan Nabi berjalan berat belah kanan.Kemas.Kemaih keming.

Kata Qailah Makhramah:''Aku melihat Nabi saw memakai kain yg sudah lama ,yang tidak dijahit.Kedua-dua kain ini diwarna dengan warna za'faran(kekuningan).Warna pakaian itu sudah luntur.(HR Tirmidzi).

Kuning sangat dilarang,hukumnya makhruh.Kuning yg lusuh yg dipakai Nabi saw menunjukkan begitu tawaduknya Nabi saw dan merendah dirinya Nabi saw.

Jika kita pakai baju lama,dengan niat ikut Nabi saw,untuk menunjukkan kerendahan ,ketawadukan hati.Dapat pahala.Jika kita pakai baju baru,untuk memperlihatkan nikmat ALLAH,pun dapat pahala.Namun jika pakai baju baru,untuk menunjukkan ada 'class' atau takut jatuh standard,haram kerana Nabi saw pesan,''Tidak masuk syurga orang yang ada dalam hatinya ada sebesar zahrah takabur.''

Friday, 1 February 2013

Semangat Al-Fateh



Sultan al-Fatih sejak kecil menanam azam luar biasa untuk menawan kota yang menjadi tumpuan kuasa besar Islam. 


Diriwayatkan ketika waktu kecil , di lantai bilik al-Fatih terhampar peta besar kota Konstantinopel . Baginda akan berdiri di atas kota tersebut sambil menanam dan membina imaginasi yang hebat. 

Imaginasi hebat melahirkan tindakan (action) yang efektif. 

Berpakaian raja (nampak kebesaran - seorang raja) , berserban ( nampak keilmuan dan kesungguhan) , dan tangannya pegang tasbih (nampak jiwanya yang bersifat rabbani-sufi) . Ketahuilah tangan yang lembut mengira biji tasbih itu juga memegang pedang dengan gengaman kemas memenggal kegoaan kuffar. 


"Rubban fil lail , fursan fin nahar" 
( Rahib -abid di malam hari , panglima kuda tangkas di siang hari)