Rasulullah S.A. W. bersabda yang bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya." (Hadis Riwayat Muslim).
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).
Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan dirinya.
Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud).
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".
Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat.
Inilah orang yang muflis di akhirat nanti.
BILA BOLEH MENGUMPAT?
Para ulama mengambil banyak pengajaran dari Al Hadis di atas antaranya:
Orang yang ingin mendapat fatwa dan orang yang teraniaya
dibolehkan untuk menceritakan keburukan tentang orang lain yang ada kaitannya
dengan perkara yang diminta fatwa atau penganiayaan itu. Perkara ini tidak
termasuk ke dalam bab larangan mengumpat (Al Ghibah). Tetapi hal ini termasuk
kedalam salah satu jenis mengumpat yang dikecualikan.
Dalam hal ini Imam An Nawawy dalam kitabnya Riyadhus Salihin
berkata:
Ketahuilah bahawa mengumpat adalah dibolehkan
atas sebab-sebab tertentu dan mengikuti lunas-lunas syara’ (agama), jika
sesuatu yang penting tidak mungkin tercapai kecuali dengannya. Mengumpat yang
diperbolehkan-oleh agama itu ada enam jenis:
1.
Kes Penganiayaan.
2.
Mohon Bantuan Mencegah
Kemungkaran.
3.
Minta Fatwa.
4.
Mengajak Muslimin Agar Bersikap
Berhati-hati.
5.
Jika Melakukan Maksiat
& Bid’ah Secara Terang-terangan.
6.
Sebagai Tanda
Pengenalan.
1) KES PENGANIAYAAN.
Dibolehkan kepada orang yang dianiaya untuk mengadu kepada
pihak berkuasa seperti Sultan, Qadhi atau lain-lain pihak yang mempunyai kuasa
untuk memberi keinsafan dan kesedaran kepada orang yang menganiaya itu.
Umpamanya: Si Polan itu telah menganiaya saya begini dan begitu.
(2) MOHON BANTUAN MENCEGAH KEMUNGKARAN.
Umpamanya seseorang berkata kepada pihak polis atau bahagian
pencegah maksiat: Si Polan itu telah berbuat perkara sumbang, tolong tuan cegah
perkara tersebut. Maksud orang itu ialah menjadikan pihak berkuasa sebagai
orang tengah untuk mencegah kemungkaran. Tetapi jika tidak dengan maksud itu
maka hukumnya adalah haram.
(3) MINTA FATWA.
Umpamanya ia berkata kepada mufti atau orang yang dipercayai
boleh memberi fatwa: Ayah saya atau saudara saya atau suami saya telah
menganiaya saya, adakah dia boleh berbuat demikian terhadap saya, bagaimana
cara supaya saya dapat terhindar dari penganiayaannya. Perkara ini dibolehkan
kerana hajat. Tetapi adalah lebih baik sekiranya dengan cara sindiran sudah
tercapai tujuannya. Namun demikian menyebut nama orang yang menzalimi adalah
dibolehkan sebagaimana dalam kisah Hindon diatas.
(4) MENGAJAK MUSLIMIN AGAR BERSIKAP BERHATI-HATI.
Umpamanya: Kita menyebut tentang keaiban periwayat hadis
seperti si polan pendusta, tidak amanah, kurang kuat ingatannya dan lain-lain.
Perkara ini dibolehkan kerana tujuan kita berbuat demikian semata mata ingin
menjaga keaslian hadis Rasulullah saw. Sebab tanpa berbuat demikian maka akan
terdedahlah hadis Rasul saw dengan pemalsuan. Atau paling kurang supaya orang
ramai jangan sampai menyangka hadis hadis tersebut sebagai hadis yang sahih.
Apalagi jika orang berkenaan sememangnya orang yang suka memalsukan hadis. Dan
menyatakan keaiban orang lain ini juga boleh jika kita diminta pandangan
tentang peribadi seseorang yang akan menjadi rakan kongsi perniagaan , atau
menitipkan amanah , atau urusan perkahwinan , demikian juga tentang berjiran
dan sebagai.
(5) JIKA MELAKUKAN MAKSIAT DAN BID’AH SECARA TERANG.
Umpamanya: Minum arak secara terang terangan atau seorang
guru agama yang mengajar ajaran-ajaran sesat seperti syirik dan bid’ah atau
bomoh dan dukun yang menggunakan amalan amalan syirik. Kita diperbolehkan
menyebut keburukan atau keaiban orang orang berkenaan supaya muslimin yang lain
dapat sentiasa waspada dan tidak terpedaya oleh mereka. Tetapi dalam hal ini
kita tidak boleh menceritakan cela mereka yang lain kecuali ada sebab-sebab
lain yang membolehkannya sebagaimana tersebut diatas.
(6) SEBAGAI TANDA PENGENALAN.
Andaikata seseorang dikenal dengan gelaran tertentu.
Umpamanya: Mamat Pincang, Jali Sumbing, Enon Gendut dan lain-lain maka
dibolehkan kita menyebut sifat-sifat tersebut tetapi dengan syarat tidak dengan
nada atau tujuan menghina dan merendah rendahkan. Andaikata orang tersebut
sudah dapat dikenal tanpa menggunakan gelaran-gelaran diatas maka itu adalah
lebih baik.
JAUHILAH MENGUMPAT YANG SIA-SIA
Firman Allah dalam Surah Al-Hujurat Ayat-12
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah
kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang)
kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah
kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah
setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka
memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat)
maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan
yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima
taubat, lagi Maha mengasihani.
Pencerahan maksud mengumpat dari sabda Rasulullah:
“Adakah kamu tahu, apakah yang dikatakan dengan
mengumpat itu?” Mereka menjawab, “Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih
mengetahui.” Sabda Baginda, ialah kamu menceritakan tentang saudara kamu
sesuatu yang dia tidak suka. Ada sahabat yang mengatakan,”Apa pandangan tuan,
kalau sekiranya apa yang saya ceritakan itu memang terdapat pada saudara saya
itu?.” Sabda Baginda, “Sekiranya apa yang kamu katakan itu memang ada pada
saudara kamu, bermakna kamu mengumpatnya dan jika tidak ada, bererti kamu
membohonginya.” (HR Muslim)
No comments:
Post a Comment