Friday, 29 March 2013

Ya Shafi Al Wara

Ya Shafi' Al Wara, Salamun Alayk يا شفيع الورى سلام عليك
Ya Nabiya Al Huda, Salamun Alayk يا نبيّ الهدى سلام عليك
Khatimul Al Anbiya, Salamun Alayk خاتم الأنبياء سلام عليك
Sayyidul Assfiyaa, Salamun Alayk سيّد الأصفياء سلام عليك

Ahmadu Layssa Mithluka Aahadun أحمد ليس مثلك أحد
Marhaban Marhaba, Salamun Alayk مرحبا مرحبا سلام عليك
Wajibun Hubbuka Alal Makhlouq واجب حبّك على المخلوق
Ya Habib Al Ulaa, Salamun Alayk يا حبيب العلى سلام عليك

Ya Shafi' Al Wara, Salamun Alayk يا شفيع الورى سلام عليك
Ya Nabiya Al Huda, Salamun Alayk يا نبيّ الهدى سلام عليك
Khatimul Al Anbiya, Salamun Alayk خاتم الأنبياء سلام عليك
Sayyidul Assfiyaa, Salamun Alayk سيّد الأصفياء سلام عليك

Aadhamul Al Khalqi, Ashrafu Ashurafaa, Afdhalul Al Anbiyaa, 

Salamun Alayk أعظم الخلق أشرف الشّرفاء أفضل الأنبياء سلام عليك
Mahbatul Wahyi Manzalil Quran, Sahibal Ihtida, 

Salamun Alayk مهبط الوحي منزل القراَن صاحب الاٍهتداء سلام عليك

Ya Shafi' Al Wara, Salamun Alayk يا شفيع الورى سلام عليك
Ya Nabiya Al Huda, Salamun Alayk يا نبيّ الهدى سلام عليك
Khatimul Al Anbiya, Salamun Alayk خاتم الأنبياء سلام عليك
Sayyidul Assfiyaa, Salamun Alayk سيّد الأصفياء سلام عليك

Ishfaa Li Ya Habibi Yawmal Jazaa' Anta Shafi'una, 

Salamun Alayk اٍشفع لي يا حبيبي يوم الجزاء أنت شافعنا سلام عليك
Kushifat Minka Dhulmatul Dhulamaa', Anta Badru Dujaa, 

Salamun Alayk كشفت منك ظلمة الظلماء أنت بدر الدجى سلام عليك

Ya Shafi' Al Wara, Salamun Alayk يا شفيع الورى سلام عليك
Ya Nabiya Al Huda, Salamun Alayk يا نبيّ الهدى سلام عليك
Khatimul Al Anbiya, Salamun Alayk خاتم الأنبياء سلام عليك
Sayyidul Assfiyaa, Salamun Alayk سيّد الأصفياء سلام عليك

Talaat Minka Kawkabul Irfan, Anta Shamsul Dhuhaa, 

Salamun Alayk طلعت منك كوكب العرفان أنت شمس الضحى سلام عليك
Laylatul Israfeel Kalatil Anbiya, Marhaban Marhaba, 

Salamun Alayk ليلة اٍسرافيل قالت الأنبياء مرحبا مرحبا سلام عليك

Ya Shafi' Al Wara, Salamun Alayk يا شفيع الورى سلام عليك
Ya Nabiya Al Huda, Salamun Alayk يا نبيّ الهدى سلام عليك
Khatimul Al Anbiya, Salamun Alayk خاتم الأنبياء سلام عليك
Sayyidul Assfiyaa, Salamun Alayk سيّد الأصفياء سلام عليك

Kayfa Shuqqal Qamar Bi Isharatihi, Mudjizul Idi'a, 

Salamun Alayk كيف شقّ القمر باٍشارته معجز الاٍدعاء سلام عليك
Matlabi Ya Habibi, Layssa Siwak, Anta Maksuduna, 

Salamun Alayk مطلبي يا حبيبي ليس سواك أنت مقصودنا سلام عليك

Ya Shafi' Al Wara, Salamun Alayk يا شفيع الورى سلام عليك
Ya Nabiya Al Huda, Salamun Alayk يا نبيّ الهدى سلام عليك
Khatimul Al Anbiya, Salamun Alayk خاتم الأنبياء سلام عليك
Sayyidul Assfiyaa, Salamun Alayk سيّد الأصفياء سلام عليك

Maksudi Ya Habibi Layssa Siwak, Anta Maksuduna, 

Salamun Alayk مقصودي يا حبيبي ليس سواك أنت مقصودنا سلام عليك
Innaka Maksadi Wa Maldja'i, Innaka Mudda'a,
 
Salamun Alayk اٍنّك مقصدى و ملجئي اٍنّك مدّعى سلام عليك

Ya Shafi' Al Wara, Salamun Alayk يا شفيع الورى سلام عليك
Ya Nabiya Al Huda, Salamun Alayk يا نبيّ الهدى سلام عليك
Khatimul Al Anbiya, Salamun Alayk خاتم الأنبياء سلام عليك
Sayyidul Assfiyaa, Salamun Alayk سيّد الأصفياء سلام عليك

Sayyidi Ya Habibi Wa Mawlaya, Laka Ruhi Fidaa, 

Salamun Alayk سيّدي يا حبيبي يا مولايا لك روحي فداء سلام عليك
Dji'na Ya Mustapha, Salamun Alayk, Kulluna Laka Fidaa, 

Salamun Alayk جئنا يا مصطفى سلام عليك كلّنا لك فداء سلام عليك

Ya Shafi' Al Wara, Salamun Alayk يا شفيع الورى سلام عليك
Ya Nabiya Al Huda, Salamun Alayk يا نبيّ الهدى سلام عليك
Khatimul Al Anbiya, Salamun Alayk خاتم الأنبياء سلام عليك
Sayyidul Assfiyaa, Salamun Alayk سيّد الأصفياء سلام عليك

Salawatu Allahi Alal Mustapha, Afdhalul Anbiya, 

Salamun Alayk صلاوات الله على المصطفى أفضل الأنبياء سلام عليك
Hadha Awwalu Ghulamika Ya Sayyidi Minhum Ya Mustapha, 

Salamun Alayk هذا أوّل غلامك يا سيّدي منهم يا مصطفى سلام عليك

Ya Shafi' Al Wara, Salamun Alayk يا شفيع الورى سلام عليك
Ya Nabiya Al Huda, Salamun Alayk يا نبيّ الهدى سلام عليك
Khatimul Al Anbiya, Salamun Alayk خاتم الأنبياء سلام عليك
Sayyidul Assfiyaa, Salamun Alayk سيّد الأصفياء سلام عليك

Thursday, 28 March 2013

Doa Hindar Fitnah Dajjal

Selawat Tafrijiyah

Guru Yang Mursyid



Pesanan Al Fadhil Ustaz Mustaffa Kamal:

"Guru ini akan memindahkan 4 pekara kepada muridnya:

1. Memindahkan ILMUnya kepada muridnya.

2. Memindahkan IBADAHnya kepada muridnya.

3. Memindahkan AKHLAKnya kepada muridnya.

4. Memindahkan ROHANInya kepada muridnya..

Maka,,carilah Guru yg MURSYID yg mampu memindahkan 4 pekara ini kepada kita dgn baik"..

Qasidah itu Bida'ah??

Adakah Qasidah itu bid'ah dan bolehkah ianya diamalkan?

Memuji dan menyebut kemuliaan akhlak Rasulullah SAW sudah menjadi suatu tradisi dan amalan yg dilakukan oleh umat islam turun temurun, sejak dari zaman Rasulullah sendiri sampai ke hari ini.

Di sepanjang sejarah, bermacam-macam jenis pujian dan sanjungan yg telah dirafa'kan keharibaan Baginda SAW namun org masih belum lagi merasa puas memujinya. Terasa seperti sudah kelu lidah penyair dalam puisi dan syair2 mereka, namun pujian utk Baginda masih belum dirasa sampai kpda kemuncaknya.

Amalan seperti ini bukanlah satu perkara yg keterlaluan,seperti yg dianggap sesetengah pihak, tetapi ia merupakan sebahagian dari luahan perasaan kasih syg dan rasa cinta yg begitu mendalam sekali terhadap kekasih Allah dan makhluk Allah yg paling sempurna ini. Kerana bagaimana juapun pujian yg disanjungkan, namun pujian itu tidak akan sampai kpda kemuncaknya dan belum dpat menyebutkn segala keistimewaan yg tlah dikurniakan Allah SWT kpda Baginda SAW.

Perkara ini adalah berasaskan kpda fahaman para ulamak terhadap pujian Allah SWT terhadap Baginda SAW dlm firmanNya: "sesungguhnya engkau wahai muhammad berada diatas akhlak yg sgt agung".. Jadi Allah Zat Maha Agong lgi Maha Mulia tlah memuji ketinggian akhlak Baginda SAW,maka pujian Allah ini sudah tentu nilainya melebihi sebarang pujian makhluk manusia terhadap Baginda SAW. Bagaimana pujian makhluk dapat menandingi pujian Allah. Ini adalah satu perkara yg tdak mgkin terjadi. Maka sudah pasti kita tidak akan sampai kpda kemuncak pujian yg sepatutnya Terhadap Baginda SAW.

Atas alasan inilah maka Imam AlBushiri menyebut dlm Burdahnya dgn katanya : "Tinggalkan cara org Nasrani (kristian) dlm menyanjung Nabi mereka (Nabi Isa as) selepas itu terserahlah kpdmu utk memuji Baginda sesuka hatimu".

Perkataan Imam Al Bushiri ini bermaksud , asalkan engkau jgn melampaui batas dlm memuji Baginda seperti org kristian telah melampaui batas memuji Nabi Isa as Sehingga mengatakannya sbgai tuhan, maka engkau bebas memuji Baginda dgn apa jua perkataan. Contohnya engkau boleh mengatakan Baginda itu sebaik-baik makhluk, nur yg menyinari alam, penghulu segala nabi dan rasul, makhluk yg paling dikasihi Allah, insan yg paling sempurna, hamba yg paling bertaqwa kpda Allah dan sebagainya. Tetapi engkau tidak boleh mengatakan Baginda itu zat yg berkuasa, memiliki takdir, dapat menghidupkan atau mematikan, pencipta syurga dan neraka dan seterusnya apa jua pujian yg menunjukkan makna ketuhanan, maka kita tidak boleh memuji Baginda sampai ke tahap ini..

~Abu Ali Al Banjari An Nadwi

Tuesday, 26 March 2013

Rasulullah ﷺ Tidak Mengecewakan Barirah

Rasulullah SAW tidak pernah mahu mengecewakan orang lain, sebagaimana diriwayatkan dalam Shahih Al Bukhari bahawa Barirah RA, seorang budak wanita miskin dari Afrika yangmenjemput Rasulullah SAW kerana diberi makanan oleh salah seorang sahabat makanan yang sangat enak. Dia tidak berani menjamah makanan itu kerana sudah lama ingin menjemput Rasulullah SAW. Akan tetapi, selama ini dia malu disebabkan dirinya tidak memiliki apa-apa, maka tidak menjemput Rasulullah SAW.

Ketika diberi makanan enak, sebelum dia ingin menjamah makanan itu, yang mana seumur hidup dia belum menjamahnya, dia teringat kepada Rasulullah SAW. Lalu dia menginginkan Rasulullah SAW datang kerana mengambil peluang adanya makanan yang enak itu. Meskipun seumur hidup dia belum pernah menjamah makanan seumpama itu.

Barirah yang susah ini pun datang mengundang Rasulullah SAW ke rumahnya. Maka Rasulullah SAW datang bersama para sahabat untuk menyenangkan Barirah RA seorang budak wanita yang miskin. Begitulah sifat Rasulullah SAW yang tidak ingin mengecewakan orang lain. Maka datang Rasulullah SAW bersama para sahabat.

Para sahabat melihat makanan yang sangat enak dan mahal. Mereka berfikir tidak mungkin Barirah membelinya sendiri, maka berkata para sahabat “Ya Rasulullah barangkali ini adalah makanan zakat, sedangkan engkau tidak boleh memakan zakat dan sedaqah, kalau bukan makanan zakat ya makanan sedaqah tentunya kau tidak boleh memakannya”

Berubahlah hati Barirah dalam kekecewaan, hancur hatinya dengan ucapan itu. Walaupun ucapan itu benar Rasulullah SAW tidak boleh memakan sedaqah dan zakat, tetapi dia tidak terlupa akan hal itu. Hancur perasaan Barirah RA. Dia bingung, risau, takut, kecewa dan bingung kerana sudah menjemput Rasulullah SAW untuk makan makanan yang diharamkan pada Rasulullah SAW.

Namun jemputannya adalah manusia yang paling indah budi pekertinya dan bijaksana. Rasulullah SAW berkata yang bermaksud “Makanan ini betul sedaqah untuk Barirah dan sudah menjadi milik Barirah. Barirah menghadiahkan kepadaku maka aku boleh memakannya”, lalu Rasulullah SAW pun memakannya.

Demikianlah jiwa yang paling indah yang tidak ingin mengecewakan para fuqara’. “Makanan sedekah itu benar untuk Barirah tapi sudah menjadi milik Barirah dan Barirah tidak menyedekahkannya padaku ( Rasulullah SAW ) tapi menghadiahkannya kepadaku”. Demikian indahnya Rasulullah SAW Muhammad SAW, Firman Allah SWT :

“Dan sungguh engkau ( Muhammad SAW ) berada pada akhlak yang agung”.

Kenali Akhlak tasawuf

TASAWUF ISLAM

Pada umumnya tasawuf adalah bermaksud bersih ataupun jernih. Tasawuf pada syarak bermaksud membersihkan diri kita daripada sifat keji, buruk dan kekurangan, serta kita beribadat atau beribadah semata-mata ikhlas kerana Allah s.w.t.

Adapun tasawuf itu terbahagi 2 pada umumnya iaitu yang pertama Sifat Mahmudah yakni sifat yang dipuji dan yang keduanya Sifat Mazmumah yakni sikap yang dikeji pada syarak.

SIFAT MAHMUDAH

yang perlu ditanam didalam jiwa kita meliputi:

-Taubat
yakni bersungguh menyesali dan tidak mengulangi lagi akan sesuatu keburukan.

-Khauf
yakni hendaklah kita merasa takut pada Allah.

-Zuhud
yakni Tinggalkan dunia,Hendaklah kita berhajat/berkehendakkannya pada kadar yang dapat menolong kita beribadat pada Allah dan menyelamatkan hidup.

-Sabar
yakni menahan diri dari keluh kesah pada sesuatu yang tidak kita sukai.Juga tidaklah kita mengadu-ngadu pada selain Allah serta hendaklah sabar kita dalam menahan diri pada meninggalkan setiap tegahanNya.

-Syukur
yakni rasa berterima kasih,mengaku dan memuji setiap nikmat yang telah diberikan Allah dan kita gunakanlah pada jalan Allah.

-ikhlas
yakni hendaklah menumpukan sepenuhnya niat pada ibadah semata kerana Allah.

-Tawakkal
yakni setelah kita berusaha hendaklah berserah pada Allah setiap hal itu.

-Mahbah
yakni hendaklah kita ingati Allah sentiasa setiap masa dan keadaan.

-Redha
yakni tenang menerima perkara yang didatangkan Allah.

-Zikrulmaut
yakni kita sentiasa ingati akan mati.

SIFAT MAZMUMAH


Yang perlu dijauhi dan dibenci oleh kita iaitu:

-Syirahul thoam
iaitu terlampau banyak makan atau gelojoh pada makan yang boleh mengakibatkan kita menjadi pembazir serta akan menjadi lalai dan malas untuk beribadat.

-Syirahul kalam
iaitu banyak cakap/berkata-kata yang sia-sia (banyak cakap akan banyak salahnya, banyak salah makanya banyaklah pula dosa).

-Gha dhob
iaitu kita pemarah yang bukan menyeru pada kebaikan, kebajikan ataupun pada menegah kejahatan.

-Hasad
iaitu sikap dengki,bercita-cita hilangkan suatu nikmat pada orang lain.

-Bakhil
iaitu menahan haknya dari membelanjakan atau digunakan pada jalan yang dituntut agama.

-Hubbul Jah
iaitu suka akan kebesaran, pangkat.

-Hubbul Dunia
iaitu sukakan kesenangan duniawi yang tidak memberi kebajikan pada kita di akhirat kelak.

-Takbur
iaitu sikap kita yang sombong, bongkak, besar diri, angkuh.

-Ujub
iaitu merasakan diri kita telah sempurna.

-Riya
iaitu menunjuk-nunjuk amalan yang di kerjakan maka hilanglah sifat ikhlasnya.

AKHLAK MULIA

Akhlak itu adalah budipekerti kita. Dengan kita belajar akhlak itu, dapatlah memperbaiki hati dan menjadi perhiasan yakni sikap kita yang terlahir yang akan dinilaikan orang sama ada ber adab baik atau buruk.

Bersyair Imam Syafi’e: ‘Tidaklah bernama yatim orang yang tiada ayah dan ibu tetapi yang dikatakan yatim itu ialah orang yang tiada ilmu dan tiada adab’.

Maka dengan sebab itulah kita dapat melihat setiap orang akhlaknya berbeza-beza dimiliki.Walaupun begitu sebenarnya, akhlak kita boleh diperbaiki, diubah dan diganti. semuanya bergantung atas usaha diri kita sama ada ingin merubah pasang surutnya.

Sebaik-baik akhlak adalah seperti contoh teladan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah dan marilah kita mempraktikannya di dalam kehidupan seharian.

Rasulullah pernah berkata kepada Asy-yad Abdil Qaisy: ‘Sesungguhnya bagi dirimu itu ada 2 sifat dikasihi Allah dan RasulNya yakni sifat pemalu dan hati-hati. Dia bertanya kepada Rasulullah: Wahai rasulullah apakah saya yang memperoleh sifat itu atau Allah yang menjadikannya kepada saya?. Rasulullah menjawab: Bahkan yang memberikan kedua sifat itu kepadamu ialah Allah. Maka ia berkata: Alhamdulillah yang telah memberikan kepadaku 2 sifat itu, 2 sifat yang dikasihi Allah dan Rasulnya’ (diriwayatkan oleh Abu Daud).

Seterusnya, akhlak mulia yang kita seharusnya amalkan adalah memelihara kehormatan diri, baik pergaulan, jangan membazir yakni berlebihan pada makanan dan perhiasan, memelihara Ugama, kepercayaan, perkataan dan perbuatan kita.

Marilah kita sama-sama sentiasa mahu berusaha untuk mengubah akhlak pada setiap hari, dari akhlak yang buruk kepada yang baik agar tenteram hidup kita.
Segala puji bagi Allah, Sekian.

Syaitan Mengejutnya Untuk Solat?


Satu hari, akibat keletihan yang amat sangat Syeikh Abdul Qadir al-Jilani hampir terlewat bangun tidur walaupun waktu subuh hampir tiba. Melihat keadaan itu, syaitan telah menyamar menjadi seekor kucing dan menggigit ibu jari kaki Syeikh Abdul Qadir.

Syeikh Abdul Qadir pun terbangun. Mujur waktu Subuh baru sahaja masuk. Dalam pandangan mata hatinya, Syeikh dapat melihat syaitan yang berupa seekor kucing.
“Mengapa kau kejutkan aku untuk solat Subuh padahal kau amat benci kepada orang yang bersolat?” Tanya Sheikh
“Aku bimbang sekiranya kau terlewat bangun subuh.” Jawab syaitan.

Kehairanan, Syeikh Abdul Qadir lalu bertanya, “Kenapa?”
Syaitan terpaksa menjawab kerana dia takut kepada orang yang takutkan Allah.
“Aku takut jika kau terlewat untuk solat Subuh, kau akan menampung kelewatan itu dengan amalan-amalan lain yang lebih banyak dan lebih serius.” Kata syaitan.

Tambah syaitan itu lagi..
“Kau akan bersedekah. Kau akan mengajar dengan lebih lama. Kau akan membaca al-Quran untuk menampung kesalahanmu yang sedikit. Dengan itu nanti, aku dan kawan-kawan aku pula akan bertambah susah. Kerja kami akan bertambah banyak dan sukar. Jadi, lebih baik kau solat Subuh tepat pada waktunya dan kami tidak akan menghadapi banyak kerja untuk menyekat amalan-amalan baikmu itu nanti.”

Begitulah kreatif dan inovatifnya syaitan dalam menyesatkan manusia. Dia bukan sahaja arif tentang amalan baik dan jahat tetapi dia juga arif tentang keutamaan amal.

Saad Bin Abu Waqash Penghuni Syurga

`Aku adalah orang ketiga yang memeluk Islam, dan orang pertama yang melepaskan anak panah di jalan Allah,`

Demikianlah Sa`ad bin Abi Waqqash mengenalkan dirinya. Ia adalah orang ketiga yang memeluk Islam, dan orang pertama yang melepaskan anak panah dari busurnya di jalan Allah.

Sa’ad bin Abi Waqqash bin Wuhaib bin Abdi Manaf hidup di tengah-tengah Bani Zahrah yang merupakan bapa saudara Rasulullah SAW. Wuhaib adalah datuk Sa’ad dan bapa saudara Aminah binti Wahab, ibunda Rasulullah.

Sa’ad dikenal orang karena ia adalah bapa saudara Rasulullah SAW. Dan beliau sangat bangga dengan keberanian dan kekuatan, serta ketulusan iman Sa'ad. Nabi bersabda, “Ini adalah bapa saudaraku, perlihatkan kepadaku bapa saudara kalian!”

Keislamannya termasuk cepat, karena ia mengenal baik pribadi Rasulullah SAW. Mengenal kejujuran dan sifat amanah beliau. Ia sudah sering bertemu Rasulullah sebelum beliau diutus menjadi nabi. Rasulullah juga mengenal Sa’ad dengan baik. Hobinya berperang dan orangnya pemberani. Sa’ad sangat jaguh memanah, dan selalu berlatih sendiri.

Kisah keislamannya sangatlah cepat, dan ia pun menjadi orang ketiga dalam deretan orang-orang yang pertama masuk Islam, Assabiqunal Awwalun.

Sa’ad adalah seorang pemuda yang sangat patuh dan taat kepada ibunya. Sedemikian dalam sayangnya Sa’ad pada ibunya, sehingga seolah-olah cintanya hanya untuk sang ibu yang telah memeliharanya sejak kecil hingga dewasa, dengan penuh kelembutan dan berbagai pengorbanan.

Ibu Sa’ad bernama Hamnah binti Sufyan bin Abu Umayyah adalah seorang wanita hartawan keturunan bangsawan Quraisy, yang memiliki wajah cantik dan anggun. Disamping itu, Hamnah juga seorang wanita yang terkenal cerdik dan memiliki pandangan yang jauh. Hamnah sangat setia kepada agama nenek moyangnya; penyembah berhala.

Pada suatu hari, Abu Bakar Ash-Shiddiq mendatangi Sa'ad di tempat kerjanya dengan membawa berita dari langit tentang diutusnya Muhammad SAW, sebagai Rasul Allah. Ketika Sa’ad menanyakan, siapakah orang-orang yang telah beriman kepada Muhammad SAW. Abu Bakar mengatakan dirinya sendiri, Ali bin Abi Thalib, dan Zaid bin Haritsah.

Seruan ini mengetuk kalbu Sa’ad untuk menemui Rasulullah SAW, untuk mengucapkan dua kalimat syahadat. Ia pun memeluk agama Allah pada saat usianya baru menginjak 17 tahun. Sa’ad termasuk dalam deretan lelaki pertama yang memeluk Islam selain Ali bin Abi Thalib, Abu Bakar As Siddiq dan Zaid bin Haritsah.

Setelah memeluk Islam, keadaannya tidak jauh berbeda dengan kisah keislaman para sahabat lainnya. Ibunya sangat marah dengan keislaman Sa'ad. “Wahai Sa’ad, apakah engkau rela meninggalkan agamamu dan agama bapakmu, untuk mengikuti agama baru itu? Demi Allah, aku tidak akan makan dan minum sebelum engkau meninggalkan agama barumu itu,” ancam sang ibu.

Sa’ad menjawab, “Demi Allah, aku tidak akan meninggalkan agamaku!”

Sang ibu tetap nekad, karena ia mengetahui persis bahwa Sa’ad sangat menyayanginya. Hamnah mengira hati Sa'ad akan luluh jika melihatnya dalam keadaan lemah dan sakit. Ia tetap mengancam akan terus melakukan mogok makan.

Namun, Sa’ad lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya. “Wahai Ibunda, demi Allah, seandainya engkau memiliki 70 nyawa dan keluar satu per satu, aku tidak akan pernah mau meninggalkan agamaku selamanya!” tegas Sa'ad.

Akhirnya, sang ibu yakin bahwa anaknya tidak mungkin kembali seperti sedia kala. Dia hanya dirundung kesedihan dan kebencian.

Allah SWT mengekalkan peristiwa yang dialami Sa’ad dalam ayat Al-Qur’an, “Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik.” (QS. Luqman: 15).

Pada suatu hari, ketika Rasulullah SAW, sedang duduk bersama para sahabat, tiba-tiba beliau menatap ke langit seolah mendengar bisikan malaikat. Kemudian Rasulullah kembali menatap mereka dengan bersabda, "Sekarang akan ada di hadapan kalian seorang laki-laki penduduk syurga."

Mendengar ucapan Rasulullah SAW, para sahabat menengok ke kanan dan ke kiri pada setiap arah, untuk melihat siapakah gerangan lelaki berbahagia yang menjadi penduduk surga. Tidak lama berselang datanglah laki-laki yang ditunggu-tunggu itu, dialah Sa’ad bin Abi Waqqash.

Disamping terkenal sebagai anak yang berbakti kepada orang tua, Sa’ad bin Abi Waqqash juga terkenal karena keberaniannya dalam peperangan membela agama Allah. Ada dua hal penting yang dikenal orang tentang kepahlawanannya. Pertama, Sa’ad adalah orang yang pertama melepaskan anak panah dalam membela agama Allah dan juga orang yang mula-mula terkena anak panah. Ia hampir selalu menyertai Nabi Saw dalam setiap pertempuran.

Kedua, Sa’ad adalah satu-satunya orang yang dijamin oleh Rasulullah SAW dengan jaminan kedua orang tua beliau. Dalam Perang Uhud, Rasulullah SAW bersabda, "Panahlah, wahai Sa’ad! Ayah dan ibuku menjadi jaminan bagimu."

Sa’ad bin Abi Waqqash juga dikenal sebagai seorang sahabat yang doanya senantiasa dikabulkan Allah. Qais meriwayatkan bahwa Rasulullah saw pernah bersabda, “Ya Allah, kabulkanlah Sa’ad jika dia berdoa.”

Sejarah mencatat, hari-hari terakhir Sa’ad bin Abi Waqqash adalah ketika ia memasuki usia 80 tahun. Dalam keadaan sakit, Sa’ad berpesan kepada para sahabatnya agar ia dikafani dengan jubah yang digunakannya dalam Perang Badar—perang kemenangan pertama untuk kaum Muslimin.

Pahlawan perkasa ini menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 55 H dengan meninggalkan kenangan indah dan nama yang harum. Ia dimakamkan di pemakaman Baqi’, makamnya para syuhada.

Manusia Bertangan Emas

Abdurrahman bin Auf termasuk kelompok delapan orang yang mula-mula masuk Islam. Ia juga tergolong sepuluh sahabat yang diberi khabar gembira oleh Rasulullah masuk syurga dan termasuk enam orang sahabat yang bermusyawarah dalam pemilihan khalifah setelah Umar bin Al-Khathab. Di samping itu, ia adalah seorang mufti yang dipercayai Rasulullah berfatwa di Madinah selama beliau masih hidup.

Pada masa Jahiliyah, ia dikenal dengan nama Abd Amr. Setelah masuk Islam, Rasulullah memanggilnya Abdurrahman bin Auf. Ia memeluk Islam sebelum Rasulullah menjadikan rumah Al-Arqam sebagai pusat dakwah. Ia mendapatkan hidayah dari Allah dua hari setelah Abu Bakar Ash-Shiddiq memeluk Islam.

Seperti kaum Muslimin yang pertama-tama masuk Islam lainnya, Abdurrahman bin Auf tidak luput dari penyiksaan dan tekanan dari kaum kafir Quraisy. Namun ia tetap sabar dan tabah. Abdurrahman turut hijrah ke Habasyah bersama kawan-kawan seiman untuk menyelamatkan diri dan agama dari tekanan Quraiys.

Tatkala Rasulullah SAW dan para sahabat diizinkan Allah hijrah ke Madinah, Abdurrahman menjadi pelopor kaum Muslimin. Di kota yang dulu bernama Yatsrib ini, Rasulullah mempersaudarakan orang-orang Muhajirin dan Anshar. Abdurrahman bin Auf dipersaudarakan dengan Sa'ad bin Rabi Al-Anshari.

Sa'ad termasuk orang kaya diantara penduduk Madinah, ia berniat membantu saudaranya dengan sepenuh hati, namun Abdurrahman menolak. Ia hanya berkata, "Tunjukkanlah padaku di mana letak pasar di kota ini!"

Sa'ad kemudian menunjukkan padanya di mana letak pasar. Maka mulailah Abdurrahman berniaga di sana. Belum lama menjalankan bisnisnya, ia berhasil mengumpulkan uang yang cukup untuk mahar nikah. Ia pun mendatangi Rasulullah seraya berkata,
"Saya ingin menikah, ya Rasulullah," katanya.

"Apa mahar yang akan kau berikan pada istrimu?" tanya Rasul SAW.

"Emas seberat biji kurma," jawabnya.

Rasulullah bersabda, "Laksanakanlah walimah (kenduri), walau hanya dengan menyembelih seekor kambing. Semoga Allah memberkati pernikahanmu dan hartamu."

Sejak itulah kehidupan Abdurrahman menjadi makmur. Seandainya ia mendapatkan sebongkah batu, maka di bawahnya terdapat emas dan perak. Begitu besar berkah yang diberikan Allah kepadanya sampai ia dijuluki 'Sahabat Bertangan Emas'.

Pada saat Perang Badar meletus, Abdurrahman bin Auf turut berjihad fi sabilillah. Dalam perang itu ia berhasil menewaskan musuh-musuh Allah, di antaranya Umar bin Utsman bin Ka'ab At-Taimy. Begitu juga dalam Perang Uhud, dia tetap bertahan di samping Rasulullah ketika tentara Muslimin banyak yang meninggalkan medan perang.

Abdurrahman bin Auf adalah sahabat yang dikenal paling kaya dan dermawan. Ia tak segan-segan mengeluarkan hartanya untuk jihad di jalan Allah. Pada waktu Perang Tabuk, Rasulullah memerintahkan kaum Muslimin untuk mengorbankan harta benda mereka. Dengan patuh Abdurrahman bin Auf memenuhi seruan Nabi SAW. Ia memelopori dengan menyerahkan dua ratus uqiyah
emas.

Mengetahui hal tersebut, Umar bin Al-Khathab berbisik kepada Rasulullah, "Sepertinya Abdurrahman berdosa karena tidak meninggalkan wang belanja sedikit pun untuk keluarganya."

Rasulullah bertanya kepada Abdurrahman, "Apakah kau meninggalkan wang belanja untuk istrimu?"

"Ya," jawabnya. "Mereka kutinggalkan lebih banyak dan lebih baik daripada yang kusumbangkan."

"Berapa?" tanya Rasulullah.

"Sebanyak rezeki, kebaikan, dan pahala yang dijanjikan Allah."

Pasukan Muslimin berangkat ke Tabuk. Dalam kesempatan inilah Allah memuliakan Abdurrahman dengan kemuliaan yang belum pernah diperoleh siapa pun. Ketika waktu shalat tiba, Rasulullah terlambat datang. Maka Abdurrahman bin Auf yang menjadi imam shalat berjamaah. Setelah hampir selesai rakaat pertama, Rasulullah tiba, lalu shalat di belakangnya dan mengikuti sebagai makmum. Sungguh tak ada yang lebih mulia dan utama daripada menjadi imam bagi pemimpin umat dan pemimpin para nabi, yaitu Muhammad SAW.

Setelah Rasulullah wafat, Abdurrahman bin Auf bertugas menjaga kesejahteraan dan keselamatan Ummahatul Mukminin (para istri Rasulullah). Dia bertanggung jawab memenuhi segala keperluan mereka dan mengadakan pengawalan bagi ibu-ibu mulia itu bila mereka bepergian.

Suatu ketika Abdurrahman bin Auf membeli sebidang tanah dan membagi-bagikannya kepada Bani Zuhrah, dan kepada Ummahatul Mukminin. Ketika jatah Aisyah ra disampaikan kepadanya, ia bertanya, "Siapa yang menghadiahkan tanah itu buatku?"

"Abdurrahman bin Auf," jawab si petugas.

Aisyah berkata, "Rasulullah pernah bersabda, 'Tidak ada orang yang kasihan kepada kalian sepeninggalku kecuali orang-orang yang sabar."

Begitulah, doa Rasulullah bagi Abdurrahman bin Auf terkabulkan. Allah senantiasa melimpahkan berkah-Nya, sehingga ia menjadi orang terkaya di antara para sahabat. Bisnisnya terus berkembang dan maju. Semakin banyak keuntungan yang ia peroleh semakin besar pula kedermawanannya. Hartanya dinafkahkan di jalan Allah, baik secara sembunyi-sembunyi maupun terang-terangan. Walau termasuk konglomerat terbesar pada masanya, namun itu tidak memengaruhi jiwanya yang dipenuhi iman dan takwa.

Berbahagialah Abdurrahman bin Auf dengan limpahan karunia dan kebahagiaan yang diberikan Allah kepadanya. Ketika meninggal dunia, jenazahnya diiringi oleh para sahabat mulia seperti Sa'ad bin Abi Waqqash dan yang lain. Dalam kata sambutannya, Khalifah Ali bin Abi Thalib berkata, "Engkau telah mendapatkan kasih sayang Allah, dan engkau berhasil menundukkan kepalsuan dunia. Semoga Allah selalu merahmatimu." Amin.

Abu Darda', Ahli Hikmah yang Budiman

Pada saat bala tentara Islam berperang, kalah dan menang di beberapa penjuru bumi, di kota Madinah berdiam seorang ahli hikmah dan filsuf yang mengagumkan. Dari dirinya memancar mutiara yang cemerlang dan bernilai.

Ia sentiasa mengucapkan kata-kata indah kepada masyarakat sekelilingnya,
"Maukah kamu sekalian, aku khabarkan amalan-amalan yang terbaik. Amalan yang terbersih di sisi Allah dan paling meninggikan darjat kalian. Lebih baik dari memerangi musuh dengan menghentam batang leher mereka, lalu mereka pun menebas batang lehermu, dan malah lebih baik dari emas dan perak?"

Para pendengarnya menjulurkan kepala mereka ke depan karena ingin tahu, lalu bertanya, "Apakah itu wahai, Abu Darda'?"

Abu Darda' menjawab, "Dzikrullah!"

Ahli hikmah yang mengagumkan ini bukannya menganjurkan orang menganut filsafat dan mengasingkan diri. Ia juga tidak bermaksud menyuruh orang meninggalkan dunia, dan tidak juga mengabaikan hasil agama ini yang telah dicapai dengan jihad fi sabilillah.

Abu Darda' bukanlah jenis orang semacam itu, karena ia telah ikut berjihad mempertahankan agama Allah bersama Rasulullah SAW hingga datangnya pertolongan Allah dengan pembebasan dan kemenangan merebut kota Makkah.

Abu Darda' adalah ahli hikmah yang besar di zamannya. Ia adalah sosok yang telah dikuasai oleh kerinduan yang amat besar untuk melihat hakikat dan menemukannya. Ia menyerahkan diri secara bulat kepada Allah, berada di jalan lurus hingga mencapai tingkat kebenaran yang teguh.

Pernah ibunya ditanyai orang tentang amalan yang sangat disenangi Abu Darda'. Sang ibu menjawab,
"Tafakur dan mengambil i'tibar (pelajaran)."

Pada saat memeluk Islam dan berbaiat pada Rasulullah SAW, Abu Darda' adalah seorang saudagar kaya yang berhasil di antara para saudagar kota Madinah. Dan sebelum memeluk Islam, ia telah menghabiskan sebahagian besar umurnya dalam perniagaan, bahkan sampai Rasulullah dan kaum Muslimin lainnya hijrah ke Madinah. Tidak lama setelah memeluk Islam, kehidupannya beralih arah.

"Aku tidak mengharamkan jual-beli. Hanya saja, aku peribadi lebih menyukai diriku termasuk dalam golongan orang yang perniagaan dan jual-beli itu tidak melalaikannya dari dzikir kepada Allah," ujarnya.

Abu Darda' sangat terkesan hingga mengakar ke dasar jiwanya dengan ayat-ayat Al-Qur'an yang berisi bantahan terhadap, "Orang yang mengumpul-ngumpulkan harta dan menghitung-hitungnya." (QS Al-Humazah: 2-3).

Ia juga sangat terkesan sabda Rasulullah SAW, "Yang sedikit mencukupi, lebih baik daripada yang banyak namun merugikan."

Oleh sebab itulah, ia kerap menangisi mereka yang jatuh menjadi tawanan harta kekayaan. "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari hati yang bercabang-cabang."

Orang-orang bertanya, "Apakah yang dimaksud dengan hati yang bercabang-cabang itu?"

"Memiliki harta benda di setiap lembah!" jawabnya. Ia mengimbau manusia untuk memiliki dunia tanpa terikat padanya. Itulah cara pemilikan hakiki. Adapun keinginan hendak menguasainya secara serakah, takkan pernah ada kesudahannya. Maka yang demikian adalah seburuk-buruk corak penghambaan diri.

Saat itu ia juga berkata, "Barangsiapa yang tidak pernah merasa puas terhadap dunia, maka tak ada dunia baginya."

Bagi Abu Darda', harta hanyalah alat bagi kehidupan yang bersahaja dan sederhana, tidak lebih. Berpijak dari sini, maka manusia hendaknya mengusahakannya dengan cara yang halal, dan mendapatkannya secara sopan dan sederhana, bukan dengan kerakusan dan mati-matian. "Jangan kau makan, kecuali yang baik. Jangan kau usahakan kecuali yang baik. Dan jangan kau masukkan ke rumahmu, kecuali yang baik!" ujarnya.

Menurut keyakinannya, dunia dan seluruh isinya hanya semata-mata pinjaman dan menjadi jembatan untuk menyeberang menuju kehidupan yang abadi.

Pada suatu hari, para sahabat menjenguknya ketika ia sakit. Mereka mendapatinya terbaring di atas hamparan dari kulit. Mereka menawarkan kepadanya agar kulit itu diganti dengan kasur yang lebih baik dan empuk.

Tawaran ini dijawabnya sambil memberi isyarat dengan telunjuknya, sedangkan kedua bola matanya menatap jauh ke depan. "Kampung kita nun jauh di sana, untuknya kita mengumpulkan bekal. Dan ke sana kita akan kembali. Kita akan berangkat kepadanya dan beramal untuk bekal di sana."

7 Perangkap Semasa Menuntut Ilmu





1. Masih Mengenang Kegemilangan Lalu

Ramai penuntut di kolej/universiti adalah pelajar-pelajar cemerlang di sekolah menengah. Ini memberi mereka rasa selamat yang palsu. Mereka mungkin telah menjadi pelajar kesayangan guru dan pelajar cemerlang dalam kelas mereka tetapi apa yang mereka tidak sedar ialah apabila mereka masuk ke kolej/universiti, mereka sedang belajar dengan 200 lagi pelajar cemerlang. Mereka juga tidak sedar bahawa mereka sedang mempelajari subjek yang keseluruhannya baru yang mana mereka perlu mendapat bimbingan untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, jika pendekatan mereka silap, sukar bagi mereka untuk memahami apa yang mereka sedang pelajari.

2. Kejutan Budaya

Penuntut yang masuk ke kolej/universiti akan mengalami perubahan yang mendadak dalam budaya hidup dan budaya belajar mereka yang mana kini mereka hidup berjauhan daripada ibu bapa mereka atau disiplin ketat sekolah berasrama. Oleh kerana kehadiran ke kuliah tidak diambil maka tidak ada sesiapa pun yang tahu jika seseorang itu ponteng kuliahnya. Di sekolah atau pusat matrikulasi, semua yang perlu dipelajari oleh pelajar diberi oleh guru atau tutor. Sebaliknya di kolej/universiti, pensyarah bertugas membekalkan prinsip-prinsip asas dan ilmu pengetahuan teras yang perlu diperluaskan oleh penuntut-penuntut sendiri dan berkeupayaan menggunakan ilmu yang diberi.

Kejutan budaya yang mendadak ini menyebabkan ada penuntut-penuntut menghadapi kesukaran menyesuaikan diri mereka. Sekiranya keadaan ini tidak di tekankan kepada penuntut-penuntut dan menyediakan mereka bersedia terhadap kenyataan ini, kejutan budaya ini boleh menjejaskan prestasi mereka. Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah yang digunakan di kolej/universiti adalah sesuatu yang baru dan ia menggunakan kaedah pembelajaran terarah pada penuntut dan ia adalah amat berbeza daripada kaedah belajar di sekolah.

Situasi sebenar: Seorang penuntut yang baru masuk ke kolej/universiti diberi sebuah kereta dan telefon bimbit dan tinggal di pangsapuri bersama kawan-kawannya. Dengan budaya berkumpulan ini mereka keluar makan malam pada pukul 8 malam dan balik pada jam 10 malam, kemudian baru mula belajar. Mereka meneruskan rutin ini sehingga semua ahli dalam kumpulan ini gagal peperiksaan dalam peperiksaan tahun pertama. Selepas gagal percubaan mengulangi peperiksaan yang sama mereka terpaksa bertukar ke fakulti lain.

3. Memilih Atau Dipilih Oleh Rakan-rakan Yang ‘Salah’

Bercakap melalui pengalaman saya, saya dapati ramai pelajar yang cemerlang di sekolah tidak menunjukkan prestasi sebaik yang sepatutnya di universiti oleh kerana mereka bergaul dengan kumpulan rakan yang salah yang tidak tahu keutamaan dan matlamat penuntut kolej/universiti. Mereka suka dan teruja bertemu kawan-kawan baru dan menemui cara-cara baru menghabiskan masa berhibur sesama mereka terutama sekali apabila mereka mendapat banyak wang daripada ibu bapa kaya yang berfikir anak mereka akan mencapai prestasi yang baik jika mereka diberi segala-galanya.

4. Hilang Semangat


Ramai pelajar belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan semata-mata untuk masuk universiti. Malangnya, haluan masa depan kerjaya mereka selepas masuk ke universiti tidak difikirkan dulu atau dibincangkan dengan kaunselor sekolah. Setelah bertungkus-lumus untuk masuk ke universiti, mereka hilang semangat dan hilang motivasi untuk belajar.

5. Dipaksa Oleh Ibu Bapa Untuk Mengambil Jurusan Tertentu

Contohnya, bidang perubatan. Ada juga penuntut-penuntut yang tidak berminat dalam jurusan perubatan tetapi masuk ke kolej/universiti kerana dipaksa oleh ibu bapa mereka. Subjek-subjek perubatan tidak boleh dipelajari jika seseornag itu tidak berminat. Melalui pengalaman saya, saya pernah melihat pelajar yang sudah masuk tahun empat berhenti kerana mereka tidak dapat meneruskan dan terpaksa memulakan pengajian di fakulti lain.

6. Belajar Bersendirian
Sewaktu menuntut di kolej/universiti, belajar dalam kumpulan adalah sangat penting. Tiga sebab utama kenapa ada penuntut-penuntut tidak belajar dalam kumpulan:

Tidak mahu orang lain tahu tentang kejahilan mereka dalam subjek-subjek yang diambil
Takut berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan-rakan yang lain yang mungkin memperolehi markah yang lebih tinggi daripada mereka
Tidak mahu berusaha lebih
Melalui pengalaman saya, ramai penuntut yang tidak mendapat prestasi baik adalah mereka yang tidak mempunyai kumpulan belajar dan hanya berpuas hati duduk di perpustakaan berjam-jam lamanya dan membaca buku. Apabila mereka tidak lulus dengan baik dalam peperiksaan, mereka menjadi murung kerana tidak ada tempat mengadu. Keadaan ini menyebabkan mereka patah semangat dan hilang dorongan untuk belajar. Akhirnya berlakulah lingkaran ganas sebab dan akibat dengan mengakibatkan bertambah lagi kehilangan semangat mereka. Sebaliknya penuntut-penuntut yang ada kumpulan belajar lulus dengan lebih baik dan jika ada di antara mereka yang lulus tidak sebegitu baik, rakan sekumpulan akan cuba membantu mereka sebab kelemahan setiap ahli telah didedahkan semasa sesi perbincangan.

7. Terlalu Bersaing dan Tidak Bekerjasama

Keadaan ini lazim berlaku dikalangan penuntut-penuntut perempuan. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan mereka adalah pelajar cemerlang di sekolah menengah atau pusat matrikulasi. Akibatnya, mereka mahu kekal menjadi pelajar cemerlang dan menjadi terlalu bersemangat serta cuba mendapat sebanyak ilmu pengetahuan yang boleh, tanpa memberi pertimbangan kepada orang lain. Masalah ini dijelmakan dalam salah satu atau semua tingkah laku berikut:

Berebut mendapat perhatian pensyarah
Bersikap mementingkan diri dan tidak rela berkongsi dengan orang lain nota- nota dan buku-buku yang baik yang diberi pelajar senior
Mengawal atau mendominasikan sesi makmal dan tidak beri peluang kepada orang lain menyertai membuat eksperimen
Menyembunyikan fakta yang mereka telah pelajari

Belajar di kolej/universiti diibaratkan seperti berperang. Kita tidak boleh melakukannya bersendirian. Kerja berkumpulan amat penting. Tidak ada siapa menjadi pesaing dan semua orang merupakan rakan seperjuangan. Semua ahli mesti berkongsi kelengkapan perang untuk memenangi peperangan dan memperolehi kejayaan bersama. Tidak ada kuota berapa orang patut dapat A di kolej/universiti. Hakikatnya, seorang rakan yang mendapat A tidak akan merampas peluang kita untuk mendapat A. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita mendapat. Dengan kata lain, lebih banyak kita memberi ilmu pengetahuan kepada rakan-rakan kita, berkongsi nota dengan mereka, lebih banyak mereka akan berkongsi dengan kita. Dengan itu dua tambah dua jadi lima, ini yang kita panggil SINERGI.



by PROF. DR. MUHAYA HJ MOHAMAD
BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR YANG BAIK DAN BERJAYA
 

Monday, 25 March 2013

Padang Bulan by Habib Syech As-Segaff



اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا وَمَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ
عَدَدَ مَا فِي عِلْمِ اللهِ صَلاَةً دَائِمَةً بِدَوَامِ مُلْكِ اللهِ


[Allohumma Sholli wa Sallim 'alaa sayyidinaa wa maulanaa Muhammadin] 2X
['Adada maa fii 'ilmillahi Sholatan daaimatan bidawaami mulkillaahi] 2X

[Padang bulan, padange koyo rino.
Rembulane sing ngawe-awe] 2X
Ngelengake, ojo turu sore.
[E... Kene tak critani, kanggo sebo mengko sore] 2X

[Lamun wong tuwo, Lamun wong tuwo keliru mimpine
Ngalamat bakal, Ngalamat bakal getun mburine] 2X
Wong tuwo loro, kundur ing ngarso pengeran
[Anak putune, rame rame rebutan warisan] 2X

[Wong tuwa loro, ing njero kubur anyandang susah
Sebab mirsani, putera puterine ora ngibadah (dho pecah belah)] 2X
Kang den arep-arep, yoiku turune rahmat
[Jebul kang teka - Jebul kang teka, nambahi fitnah] 2X

[Iki dino, ojo lali lungo ngaji
Takon marang, Kyai Guru kang pinuji] 2X
Enggal siro, ora gampang kebujuk syetan
[Insya Alloh, kito menang lan kabegjan] 2X

[Jaman kepungkur, ono jaman jaman buntutan
Esuk-esuk, rame rame luru ramalan] 2X
Gambar kucing, dikira gambar macan
[Bengi diputer - bengi diputer, metu wong edan] 2X

[Kurang puas kurang puas, luru ramalan
Wong ora waras wong ora waras, dadi takonan] 2X
Kang ditakoni, ngguyu cekaka’an
[Jebul kang takon - jebul kang takon, wis ketularan] 2x

اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا وَمَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ
عَدَدَ مَا فِي عِلْمِ اللهِ صَلاَةً دَائِمَةً بِدَوَامِ مُلْكِ اللهِ

Hadis Rasulullah ﷺ

Friday, 22 March 2013

Kopiah dan Serban


Info Sunnah
Sunnah Memakai Kopiah

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يلبس قلنسوة بيضاء
(Rasulullah S.A.W memakai kopiah berwarna putih.)
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يلبس القلانس تحت العمائم وبغير العمائم, ويلبس العمائم بغير القلانس, وكان يلبس القلانس اليمانية,وهنّ البيض المُضَرَّبَة, ويلبس القلانس ذوات الآذان في الحرب(Rasulullah S.A.W memakai kopiah dengan serban dan tanpa berserban, Baginda juga memakai serban tanpa kopiah, Baginda memakai kopiah yang diperbuat dari Yaman, ianya berwarna putih, Baginda juga memakai kopiah yang menutup telinganya(topi perang) ketika berperang.)

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم فرق ما بيننا وبين المشركين العمائم على القلانس - رواه أبو داود 
(Sabda Rasulullah S.A.W: " Beza antara kita (yakni orang Muslimin) dan orang Musyrikin ialah serban berserta kopiah. ")

قال العلماء: اِنَّمَا المَحَبَّةُ بِالاِتِّبَاعِ
JOM IKUT NABI !

Rujukan: Syamail Muhammadiyah Imam Tirmizi, Wasail Wusul ila Syamail Rasul Imam Nabhani & Mukhtar Hadis Habib Umar bin Hafiz.

Pemakaian Serban


Guru kita, Habib Umar Ben Hafidz (semoga dipanjangkan umurnya di dalam afiyah agar kita dapat manfaat darinya, Amin) berkata:

(Pada perbincangan tentang pakaian - masalah pakai serban)

Beliau berkata:

Penuntut ilmu tidak boleh memakai serban kecuali setelah baligh.

Apabila baligh, boleh pakai serban untuk Jumaat dan sempena kebesaran sahaja.

Serbannya tidak boleh lebih dari 5 hasta.

Pakai serban dengan niat mengikuti Nabi Muhammad, menzohirkan syiar Sunnah yg Agong ini.

Kemudian setelah dia berkahwin, maka boleh dia memakai serban pada kebanyakkan masa dan juga pada majlis-majlis umum.

Kemudian serbannya itu tidak boleh lebih dari 5 hasta, sehingga dia mendapat kelulusan dlm pembelajarannya.

Maka tidak boleh lebih serbannya daripada 7 hasta, sehingga umurnya melepasi 40 tahun.

Maka tidak boleh lebih serbannya dari 10 hasta.

Kerana telah diriwayatkan, itulah kadar paling panjang serban Nabi kita (SAW).

Maka perkara seumpama ini perlu diambil peringatan dan menyampaikan kepada orang sekeliling kita.

Wallahu a'lam.

Sunday, 17 March 2013

'Ibadallah


عِبــَادَ اللهِ رِجَــالَ اللهِ
‘Ibadallah Rijalallah


عِبــَادَ اللهِ رِجَــالَ اللهِ أَغِيْثُـنَـا لِأَجْـلِ اللهِ ……. لِأَجْـلِ اللهِ
Ibadallah Rijalallah Aghitsuna li ajlillah .…Li Ajlillah
Wahai Hamba hamba ALlah, Wahai wali wali Allah. Tolonglah kami karena Allah

وَكُـونُـواأَوْلَـنــــَا لِلّهِ عَـسـَى نَخْـــطَى بِـفَضْـــــلِ للهِ
Wakuunu Aulaana Lillaah Asaa Nakhtoo Bifadhlillah
Bantulah kami karena Allah, Semoga tercapai hajat kami karena anugerah Allah

عل الكافى صلاة اللة
على الشا فى سلام اللة
‘Alal kafi shalatullah…Ala safi salamullah…
SEmoga rohmat Allah atas nabinya yg penurut, semoga salam Allah atas Nabinya yang penurut, semoga salam Allah atas nabinya yang menyembuhkan penyakit.

بمحى الدىن خلصنا
من البلواء ىا اللة
Bimuhyidil lihaulishna…minal balwaa iya Allah…
Ya Allah dengan perantara syeh Abdul Qodir Al Jilani ra. selamatkanlah dari segala bala'

وَيَـاأَقْـــطَابُ وَيـَاأ نْجَـــاب وَيَـاسَادَ اتُ وَيَـاأَحْبَــابُ يـَاأَحْبَــابُ
Wa Yaa Aqthoob Wa Yaa Anjab Wa yaa Saadat Wayaa Ahbab … Waya Ahbaab
Wahai Para wali kutub, wahai para wali yang dermawan,wahai para sayyid dan habaib (keturunan Rosulullah saw.)

وَأَنْــتُمْ يـــَاأُلِى اْلأَ لْبَـــــاب تَـعَـالَـوْوَانـْصُـــرُوْا لِلّهِ
Wa Antum Yaa ulil Albab Ta’aa Lau Wan surru Lillah
wahai para wali yang memiliki akal sempurna, Engkau adalah penolong, penyantun, datanglah kemari, tolonglah karena Allah

سَـــأَ لْنَــــاكُــمْ سَـأَلْنَـــاُكْــم وَلِلـزُّلــْفَ رَجَوْنَكُـمْ ……….. رَجَوْنَكُـمْ
Sa-alnakum sa-alnakum Wali Zulfaa Rojaunakum…..Rojaunakum
DEngan perantaraan engkau kami memohon, dengan perantaraan engkau kami memohon dengan mengharapkan do'amu kami dekat dengan Allah.

وَفِيْ أَمْـرٍقَـصَــدْ نَـاكُــمْ فَـشـُــدُّوْا عَـزْمـَــكُــمْ لِلّهِ
Wa Fii Amrin Qoshadnaakum Faa Syudduuu “azmakum Lillah
Dengan Maksudperantaraan Engkau, untuk tercapai urusan kami, karenanya kokohkanlah tujuan kami karena Allah.

فَـيَـــارَبِّيْ بِسَــادَاتِ تَحَـقَّـــقْــلِيْ إِشَــــارَتِي……….. إِشَــــارَتِ
Faa Yaa Robbii Bi Saadaati Tahaqqoqliii Isyaarotii ……Isyarotii
Wahai tuhan kami, dengan perantaraan tuan tuan yang menjadi wali, kokohkanlah petunjukMu kepada kami.

عَـسىَ تَـأْ تِيْ بِشَـــــــارَةِ وَيَــصْـــفُ وَقْـــتُـــــنَا لِلّهِ
‘Asaa Ta’tii Bi Syaarooti Wa Yashfu Waqtuna Lillah
Semoga lekas datang kebahagiaan kami, semoga waktu kami bersih untuk beribadah karena Allah

بِكَشْفِ الْحَجْبِ عَنْ عَـيْـنِ وَرَفْــــعِ اْلبَــْيــنِ مِنْ بَـــيْنٍ ….. مِنْ بـَــيْنٍ
Bi Kasyfil Hajbi “an ‘aini Wa Rof’il Baini Mim Bainin ..….Mimbainin
Dengan terbukanya tirai penutup dari mata kami dan hilangkan penghalang antara kami dan Allah.

وَطَـمْـسِى اْلكَيْــفِ وَاْلعَيـْنِ بِـنُـوْرِالْـوَجْــهِ يـَا اَللهُ 
Wa Thomsil Kaifa Wal Aini Binuuril Wajhi Yaa Allah
Dan terhapusnya keraguan, bagaimana Allah dan dimana Allah dengan cahaya Dzat Engkau Ya Allah.

صَــلَاةُ اللهِ مَـوْلَـنَـــــا عَلىَ مَنْ بـِالهُـدَى جَنَــا….بـِالهُـدَى جَنَــا
Sholatullahi Maulanaa “alaa Mambil Hudajaana …….Hudajanna
Wahai tuhan kami, semoga kesejahteraan Allah dilimpahkan kepada orang yang datang dengan membawa petunjuk kepada kami. 

وَمَنْ بِاْلحَـــقِّ أَوْلَـنــَـــا شَـفِـيْـــــعِ اْلخـَـلْــقِ عِنْـــدَ الله
Wa Man Bil Haqqi Aulaana Syafii-‘il Kholqi ‘Indaullah
Yaitu nabi Muhammad, yang memberikan islam sebagai agma kami, dan memberi syafaat kepada para makhluk disisi Allah.

Saturday, 2 March 2013

Mutiara kata Ulama'



"Tidak ada pintu untuk mendapat Kecintaan dari ALLAH سبحانه وتعالى
kecuali melalui pintunya RASULULLAH صلى الله عليه وآله وسلم.
Kerana itu untuk mendapatkan CintaNYA ALLAH سبحانه وتعالى,
dengan cara mencintai orang yang DicintaiNYA, yaitu RASULULLAH 
صلى الله عليه وآله وسلم."

Mutiara kata Ulama'

Qasidah Alhamdulillah


Hidup mesti KEMAS!

Orang yang BAKHIL

Pada suatu hari, ketika Aishah menjahit baju pada waktu sahur, tiba-tiba jarumnya terjatuh. Secara kebetulan, lampu yang dipasang sejak tadi telah padam.

Nabi Muhammad masuk dalam kegelapan tetapi wajahnya yang bercahaya itu menyebabkan Aisyah berjaya mengutip kembali jarum yang terjatuh.

“Wahai Muhammad, alangkah bercahayanya wajahmu,” kata Aisyah.
...
Kemudian, dia menyambung, “Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?”

Nabi Muhammad menjawab, “Orang yang bakhil.”

Aisyah bertanya lagi, “Siapakah orang yang bakhil?”

“Orang yang bakhil itu ialah orang yang tidak mengucap selawat ke atasku apabila mendengar namaku disebut,” jawab Nabi Muhammad SAW.

Kemuliaan Rasulullah SAW

Seorang sahabiah bernama Ummu Aiman penjaga Rasulullah SAW. Baginda mempunyai satu bekas yg digunakan utk membuang 'hajat kecil'. Pada suatu hari Baginda Nabi Muhammad SAW menyuruh Ummu Aiman membuang 'hajat kecilnya' di tempat yang orang tidak boleh nampak. Kemudian Rasulullah SAW pergi memantau tempat Ummu Aiman membuang 'hajat kecil' tersebut. 

Selepas itu Baginda SAW bertanya : " Wahai Ummu Aiman adakah kamu membuang atau tidak akan 'hajat kecilku' itu? Ummu Aiman menjawab: " Saya simpan di tempat yang paling selamat sekali." Nabi SAW bertanya: " Adakah engkau meminumnya?" Ummu Aiman menjawab : " Ya Rasulullah SAW, aku telah meminumnya." Jawab Baginda SAW :"Kamu akan sihat wahai Ummu Aiman." 

Oleh itu sepanjang hidupnya Ummu Aiman tidak pernah jatuh sakit. Baginda Nabi Muhammad SAW adalah manusia yg paling agung dan layaklah Baginda mendapat kemuliaan dikalangan seluruh makhluk bahkan ALLAH SWT turut memuliakan Baginda Nabi SAW ♥ 


Friday, 1 March 2013

Rida' Sunnah


''RASULULLAH SALLALLAHU’ALAHI WASSALAM suka hibrah sebab warna dan juga jenis lembut. Warnanya ada garis merah dan ada garis biru. Ada juga hibrah yang berwarna merah bersulam hijau. Selain meletakkan serban atas kepala,letak rida sebagai lambang kesempurnaan.

Kesempurnaan seseorang yang ada himmah dan mulia ada rida’. Lambang orang yang mulia ada rida'. Bila ada orang mulia datang, RASULULLAH SALLALLAHU’ALAHI WASSALAM merendahkan diri serta menghamparkan kain yg mulia ini sebagai hamparan duduk.

Selepas Perang Hunain,mula-mula umat Islam kalah. Lepas itu baru menang. Selepas perang,datang sahabat kepada RASULULLAH SALLALLAHU’ALAHI WASSALAM. Sahabat keliru ada seorang wanita mendakwa dia adalah kakak RASULULLAH SALLALLAHU’ALAHI WASSALAM. Dia nak jumpa RASULULLAH SALLALLAHU’ALAHI WASSALAM. ''Aku kakak RASULULLAH.'' Sahabat memberitahu hal tersebut kpd RASULULLAH SALLALLAHU’ALAHI WASSALAM. RASULULLAH SALLALLAHU’ALAHI WASSALAM menyuruhnya supaya datang berjumpa. ''Ya ALLAH, SYAIMA' ''. RASULULLAH SALLALLAHU’ALAHI WASSALAM kemudian cabut rida'nya lalu menghamparkan kepada wanita itu.

Para sahabat terpinga-pinga,tercari-cari ''Kakak RASULULLAH SALLALLAHU’ALAHI WASSALAM ada kakak ke?' 'Orang Arab tahu apabila buang rida' dan hamparan sebagai hamparan duduk untuk satu orang,maksudnya orang itu sangat mulia.

Wanita itu duduk dan memberitahu,'' RASULULLAH SALLALLAHU’ALAHI WASSALAM,aku SYAIMA' '' RASULULLAH SALLALLAHU’ALAHI WASSALAM menjawab,'' Ya ,aku tahu.''. SYAIMA' ialah kakak susuan RASULULLAH SALLALLAHU’ALAHI WASSALAM,anak kepada HALIMATUS SA'DIAH. Bermakna kakak betul jugalah kakak susuan. Ini menunjukkan bilamana seseorang dimuliakan,akan dihamparkan rida'.

[ MURABBI SYEIKH MUHAMMAD ZAINOL ASRI BIN HAJI MOHD ROMLI ]