Thursday, 28 March 2013

Qasidah itu Bida'ah??

Adakah Qasidah itu bid'ah dan bolehkah ianya diamalkan?

Memuji dan menyebut kemuliaan akhlak Rasulullah SAW sudah menjadi suatu tradisi dan amalan yg dilakukan oleh umat islam turun temurun, sejak dari zaman Rasulullah sendiri sampai ke hari ini.

Di sepanjang sejarah, bermacam-macam jenis pujian dan sanjungan yg telah dirafa'kan keharibaan Baginda SAW namun org masih belum lagi merasa puas memujinya. Terasa seperti sudah kelu lidah penyair dalam puisi dan syair2 mereka, namun pujian utk Baginda masih belum dirasa sampai kpda kemuncaknya.

Amalan seperti ini bukanlah satu perkara yg keterlaluan,seperti yg dianggap sesetengah pihak, tetapi ia merupakan sebahagian dari luahan perasaan kasih syg dan rasa cinta yg begitu mendalam sekali terhadap kekasih Allah dan makhluk Allah yg paling sempurna ini. Kerana bagaimana juapun pujian yg disanjungkan, namun pujian itu tidak akan sampai kpda kemuncaknya dan belum dpat menyebutkn segala keistimewaan yg tlah dikurniakan Allah SWT kpda Baginda SAW.

Perkara ini adalah berasaskan kpda fahaman para ulamak terhadap pujian Allah SWT terhadap Baginda SAW dlm firmanNya: "sesungguhnya engkau wahai muhammad berada diatas akhlak yg sgt agung".. Jadi Allah Zat Maha Agong lgi Maha Mulia tlah memuji ketinggian akhlak Baginda SAW,maka pujian Allah ini sudah tentu nilainya melebihi sebarang pujian makhluk manusia terhadap Baginda SAW. Bagaimana pujian makhluk dapat menandingi pujian Allah. Ini adalah satu perkara yg tdak mgkin terjadi. Maka sudah pasti kita tidak akan sampai kpda kemuncak pujian yg sepatutnya Terhadap Baginda SAW.

Atas alasan inilah maka Imam AlBushiri menyebut dlm Burdahnya dgn katanya : "Tinggalkan cara org Nasrani (kristian) dlm menyanjung Nabi mereka (Nabi Isa as) selepas itu terserahlah kpdmu utk memuji Baginda sesuka hatimu".

Perkataan Imam Al Bushiri ini bermaksud , asalkan engkau jgn melampaui batas dlm memuji Baginda seperti org kristian telah melampaui batas memuji Nabi Isa as Sehingga mengatakannya sbgai tuhan, maka engkau bebas memuji Baginda dgn apa jua perkataan. Contohnya engkau boleh mengatakan Baginda itu sebaik-baik makhluk, nur yg menyinari alam, penghulu segala nabi dan rasul, makhluk yg paling dikasihi Allah, insan yg paling sempurna, hamba yg paling bertaqwa kpda Allah dan sebagainya. Tetapi engkau tidak boleh mengatakan Baginda itu zat yg berkuasa, memiliki takdir, dapat menghidupkan atau mematikan, pencipta syurga dan neraka dan seterusnya apa jua pujian yg menunjukkan makna ketuhanan, maka kita tidak boleh memuji Baginda sampai ke tahap ini..

~Abu Ali Al Banjari An Nadwi

No comments:

Post a Comment