Tuesday, 26 March 2013

Rasulullah ﷺ Tidak Mengecewakan Barirah

Rasulullah SAW tidak pernah mahu mengecewakan orang lain, sebagaimana diriwayatkan dalam Shahih Al Bukhari bahawa Barirah RA, seorang budak wanita miskin dari Afrika yangmenjemput Rasulullah SAW kerana diberi makanan oleh salah seorang sahabat makanan yang sangat enak. Dia tidak berani menjamah makanan itu kerana sudah lama ingin menjemput Rasulullah SAW. Akan tetapi, selama ini dia malu disebabkan dirinya tidak memiliki apa-apa, maka tidak menjemput Rasulullah SAW.

Ketika diberi makanan enak, sebelum dia ingin menjamah makanan itu, yang mana seumur hidup dia belum menjamahnya, dia teringat kepada Rasulullah SAW. Lalu dia menginginkan Rasulullah SAW datang kerana mengambil peluang adanya makanan yang enak itu. Meskipun seumur hidup dia belum pernah menjamah makanan seumpama itu.

Barirah yang susah ini pun datang mengundang Rasulullah SAW ke rumahnya. Maka Rasulullah SAW datang bersama para sahabat untuk menyenangkan Barirah RA seorang budak wanita yang miskin. Begitulah sifat Rasulullah SAW yang tidak ingin mengecewakan orang lain. Maka datang Rasulullah SAW bersama para sahabat.

Para sahabat melihat makanan yang sangat enak dan mahal. Mereka berfikir tidak mungkin Barirah membelinya sendiri, maka berkata para sahabat “Ya Rasulullah barangkali ini adalah makanan zakat, sedangkan engkau tidak boleh memakan zakat dan sedaqah, kalau bukan makanan zakat ya makanan sedaqah tentunya kau tidak boleh memakannya”

Berubahlah hati Barirah dalam kekecewaan, hancur hatinya dengan ucapan itu. Walaupun ucapan itu benar Rasulullah SAW tidak boleh memakan sedaqah dan zakat, tetapi dia tidak terlupa akan hal itu. Hancur perasaan Barirah RA. Dia bingung, risau, takut, kecewa dan bingung kerana sudah menjemput Rasulullah SAW untuk makan makanan yang diharamkan pada Rasulullah SAW.

Namun jemputannya adalah manusia yang paling indah budi pekertinya dan bijaksana. Rasulullah SAW berkata yang bermaksud “Makanan ini betul sedaqah untuk Barirah dan sudah menjadi milik Barirah. Barirah menghadiahkan kepadaku maka aku boleh memakannya”, lalu Rasulullah SAW pun memakannya.

Demikianlah jiwa yang paling indah yang tidak ingin mengecewakan para fuqara’. “Makanan sedekah itu benar untuk Barirah tapi sudah menjadi milik Barirah dan Barirah tidak menyedekahkannya padaku ( Rasulullah SAW ) tapi menghadiahkannya kepadaku”. Demikian indahnya Rasulullah SAW Muhammad SAW, Firman Allah SWT :

“Dan sungguh engkau ( Muhammad SAW ) berada pada akhlak yang agung”.

No comments:

Post a Comment