Saturday 2 March 2013

Kemuliaan Rasulullah SAW

Seorang sahabiah bernama Ummu Aiman penjaga Rasulullah SAW. Baginda mempunyai satu bekas yg digunakan utk membuang 'hajat kecil'. Pada suatu hari Baginda Nabi Muhammad SAW menyuruh Ummu Aiman membuang 'hajat kecilnya' di tempat yang orang tidak boleh nampak. Kemudian Rasulullah SAW pergi memantau tempat Ummu Aiman membuang 'hajat kecil' tersebut. 

Selepas itu Baginda SAW bertanya : " Wahai Ummu Aiman adakah kamu membuang atau tidak akan 'hajat kecilku' itu? Ummu Aiman menjawab: " Saya simpan di tempat yang paling selamat sekali." Nabi SAW bertanya: " Adakah engkau meminumnya?" Ummu Aiman menjawab : " Ya Rasulullah SAW, aku telah meminumnya." Jawab Baginda SAW :"Kamu akan sihat wahai Ummu Aiman." 

Oleh itu sepanjang hidupnya Ummu Aiman tidak pernah jatuh sakit. Baginda Nabi Muhammad SAW adalah manusia yg paling agung dan layaklah Baginda mendapat kemuliaan dikalangan seluruh makhluk bahkan ALLAH SWT turut memuliakan Baginda Nabi SAW ♥ 


No comments:

Post a Comment