Friday 1 March 2013

Rida' Sunnah


''RASULULLAH SALLALLAHU’ALAHI WASSALAM suka hibrah sebab warna dan juga jenis lembut. Warnanya ada garis merah dan ada garis biru. Ada juga hibrah yang berwarna merah bersulam hijau. Selain meletakkan serban atas kepala,letak rida sebagai lambang kesempurnaan.

Kesempurnaan seseorang yang ada himmah dan mulia ada rida’. Lambang orang yang mulia ada rida'. Bila ada orang mulia datang, RASULULLAH SALLALLAHU’ALAHI WASSALAM merendahkan diri serta menghamparkan kain yg mulia ini sebagai hamparan duduk.

Selepas Perang Hunain,mula-mula umat Islam kalah. Lepas itu baru menang. Selepas perang,datang sahabat kepada RASULULLAH SALLALLAHU’ALAHI WASSALAM. Sahabat keliru ada seorang wanita mendakwa dia adalah kakak RASULULLAH SALLALLAHU’ALAHI WASSALAM. Dia nak jumpa RASULULLAH SALLALLAHU’ALAHI WASSALAM. ''Aku kakak RASULULLAH.'' Sahabat memberitahu hal tersebut kpd RASULULLAH SALLALLAHU’ALAHI WASSALAM. RASULULLAH SALLALLAHU’ALAHI WASSALAM menyuruhnya supaya datang berjumpa. ''Ya ALLAH, SYAIMA' ''. RASULULLAH SALLALLAHU’ALAHI WASSALAM kemudian cabut rida'nya lalu menghamparkan kepada wanita itu.

Para sahabat terpinga-pinga,tercari-cari ''Kakak RASULULLAH SALLALLAHU’ALAHI WASSALAM ada kakak ke?' 'Orang Arab tahu apabila buang rida' dan hamparan sebagai hamparan duduk untuk satu orang,maksudnya orang itu sangat mulia.

Wanita itu duduk dan memberitahu,'' RASULULLAH SALLALLAHU’ALAHI WASSALAM,aku SYAIMA' '' RASULULLAH SALLALLAHU’ALAHI WASSALAM menjawab,'' Ya ,aku tahu.''. SYAIMA' ialah kakak susuan RASULULLAH SALLALLAHU’ALAHI WASSALAM,anak kepada HALIMATUS SA'DIAH. Bermakna kakak betul jugalah kakak susuan. Ini menunjukkan bilamana seseorang dimuliakan,akan dihamparkan rida'.

[ MURABBI SYEIKH MUHAMMAD ZAINOL ASRI BIN HAJI MOHD ROMLI ]

No comments:

Post a Comment