Friday 22 March 2013

Pemakaian Serban


Guru kita, Habib Umar Ben Hafidz (semoga dipanjangkan umurnya di dalam afiyah agar kita dapat manfaat darinya, Amin) berkata:

(Pada perbincangan tentang pakaian - masalah pakai serban)

Beliau berkata:

Penuntut ilmu tidak boleh memakai serban kecuali setelah baligh.

Apabila baligh, boleh pakai serban untuk Jumaat dan sempena kebesaran sahaja.

Serbannya tidak boleh lebih dari 5 hasta.

Pakai serban dengan niat mengikuti Nabi Muhammad, menzohirkan syiar Sunnah yg Agong ini.

Kemudian setelah dia berkahwin, maka boleh dia memakai serban pada kebanyakkan masa dan juga pada majlis-majlis umum.

Kemudian serbannya itu tidak boleh lebih dari 5 hasta, sehingga dia mendapat kelulusan dlm pembelajarannya.

Maka tidak boleh lebih serbannya daripada 7 hasta, sehingga umurnya melepasi 40 tahun.

Maka tidak boleh lebih serbannya dari 10 hasta.

Kerana telah diriwayatkan, itulah kadar paling panjang serban Nabi kita (SAW).

Maka perkara seumpama ini perlu diambil peringatan dan menyampaikan kepada orang sekeliling kita.

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment