Thursday, 15 August 2013

Dialog Seorang Hafidzah

Bismillahirrahmanirrahim..

Segala puji-pujian hanya bagi ALLAH,Tuhan seru sekalian alam..Dialah yang maha luhur dengan segala keluhuranNya dan Dialah yang maha baik dengan segala kebaikanNya..Selawat dan salam keatas junjungan mulia lagi terpuji,Rasulullah s.a.w,dan keatas ahli keluarganya,para sahabat,tabiin dan yg mengikuti mereka dengan ihsan hingga ke akhir zaman.


Berkata Abdullah al-Mubarak Rahimullah Taala :

"Aku berangkat menunaikan ibadat haji ke Baitullah al-Haram,lalu berziarah ke maqam Rasulullah s.a.w. Ketika aku berada di suatu sudut jalan,tiba-tiba aku melihat sesusuk tubuh berpakaian yang dibuat daripada bulu. Ia adalah seorang ibu yang sudah tua. Aku berhenti sejenak seraya mengucapkan salam untuknya. Terjadilah dialog dengannya beberapa saat. "

(Untuk menyenangkan pembaca,saya ringkaskan dialog diantara Abdullah al-Mubarak dengan ibu tua tersebut dengan menggunakan "A.M" sebagai Abdullah al-Mubarak dan "H" sebagai Ibu tersebut merujuk kepada hafidzah)

Dalam dialog tersebut,wanita tua itu,setiap kali menjawab pertanyaan Abdullah alMubarak,dijawabnya dengan menggunakan ayat-ayat alQuran. Walaupun jawabannya tidak tepat,akan tetapi cukup memuaskan,kerana tidak terlepas dari konteks pertanyaan yang diajukan kepadanya.

Mari kita ikuti dialog diantara mereka berdua :--

A.M : Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

H : Salamun Qaulan min Rabbi Rahim.(Salam sebagai ucapan dari Tuhan yang maha pengasih)
      (QS. Yasin/ayat 58).

M.A : Semoga ALLAH merahmati anda. Mengapa anda berada ditempat ini?

H : Wa man Yudhlilillahu fa la hadiyalahu.(Barangsiapa disesatkan ALLAH,maka tiada petunjuk baginya)
     (QS. al-A'raf/ayat 186)

(Dengan jawapannya ini,tahulah aku bahawa ia tersesat jalan)

M.A : Kemana anda hendak pergi?

H : Subhanallazi asra bi'abdihi lailan minal masjidil haram ilal masjidil aqsa.(Maha Suci ALLAH yang telah
     memperjalankan hambaNya di waktu malam dari masjid Haram ke masjid Aqsa). (AS. al-Isra'/ayat 1).

(Dengan jawapan ini,aku jadi mengerti bahawa ia sedang mengerjakan Haji dan hendak menuju ke Masjid Aqsa).

M.A : Sudah berapa lama anda berada disini?

H : Tsalatsa layalin sawiyya.(Selama tiga malam,dalam keadaan sihat). (QS. Maryam/ayat 10).

M.A : Apa yang anda makan salama dalam perjalanan?

H : Huwa yat'imuni wayasyqin.(Dia memberi aku makan dan minum). (QS. asy-Syu'ara/ayat 79).

M.A : Dengan apa anda melakukan wudhuk?

H : Fa in lan tajidu ma-an fa tayammamu sha'idan tayyiban.(Bila tidak ada air maka bertayammum dengan
     tanah yang bersih). (QS. al-Maidah/ayat 6).

M.A : Aku mempunyai sedikit makanan,apakah anda mahu menikmatinya?

H : Tsumma atimmush siyamu ilallail.(Kemudian sempurnakan puasamu sampai malam. (QS. 
     al-Baqarah/ayat 187).

M.A : Sekarang bukan bulan Ramadhan,mengapa anda berpuasa?

H : Wa man tathawwa'a khairan fa innallaha syakirun alim.(Barangsiapa yang melakukan sunnat lebih baik).
     (QS. al-Baqarah/ayat 158).

M.A : Bukankah diperbolehkan berbuka ketika musafir?

H : Wa in tasumu khairan lakum in kuntum ta'lamun.(Dan jika berpuasa itu lebih baik bagimu,jika kamu
      berpengetahuan). (QS. al-Baqarah/ayat 184).

M.A : Mengapa anda tidak menjawab sesuai dengan pertanyaan saya?

H : Ma yalfidzhu min qoulin illa ladaihi raqibun atid.(Tiada satu ucapan yang diucapkan.kecuali padanya
     Raqib dan Atid). (QS. Qaf/ayat 18).

M.A : Anda termasuk jenis manusia yang manakah,hingga bersikap seperti itu? 

H : Wa la taqfu ma laisa bihi ilmun innas sam'a wal bashara wal fuada kullu kana 'anhu mas'ulan.(Jangan
     kamu ikuti apa yang kamu tidak ketahui,kerana pendengaran,penglihatan dan hati,semua akan
     dipertanggungjawabkan). (QS. al-Isra'/ayat 36).

M.A : Aku telah berbuat salah,maafkan saya.

H : La tatsriba 'alaikumul yauma yaghfirullahu lakum.(Pada hari ini tidak ada cercaan untuk kamu,mudah-
     mudahan telah mengampuni kamu). (QS. Yusuf/ayat 92).

M.A : Bolehkah aku mengangkat anda untuk naik keatas untaku ini untuk melanjutkan perjalanan,kerana anda akan menjumpai kafilah yang di depan.

H : Wa ma taf'alu min khairin ya'lamhullah.(Barangsiapa mengerjakan suatu kebaikan Allah
     mengetahuinya). (QS. al-Baqarah/ayat 197).

Lalu wanita itu berpaling dari untaku,sambil berkata :

H : Qul lil mu'minina yaghudhdhu min absharihim.(Katakan kepada orang-orang mukmin tundukkan
      pandangan mereka). (QS. an-Nur/ayat 30).

Maka aku pun memejamkan pandanganku.sambil mempersilakan ia mengendarai unta,tetapi tiba-tiba terdengar sobekan pakaiannya.kerana unta itu terlalu tinggi baginya.Wanita itu berucap :

H : Wa ma ashobakum min mushibatin fa bima kasabat aidikum.(Apa saja yang menimpa kamu disebabkan
     perbuatanmu sendiri. ( QS. asy-Syura/ayat 30).

M.A : Sabarlah sebentar,aku akan mengikatnya terlebih dahulu.

B : Fa fahhamnaha sulaiman.(Maka kami telah memberi pengertian kepada Nabi Sulaiman).
     (QS. al-Anbiya'/ayat 79)

M.A : (Selesai mengikat unta itu aku pun mempersilakan ia naik).Silalah naik sekarang.

H : Subhanallazi sakhkhara lana hadza wama kunna lahu muqrinin wa inna ila Rabbina la
     munqalibun.(Maha Suci Tuhan yang telah menundukkan semua ini,pada kami sebelumnya tidak mampu
     menguasainya. Sesungguhnya kami akan kembali pada Tuhan kami). (QS. az-Zukhruf/ayat 13-14).

Aku pun segera memegang tali unta itu dan melarikannya dengan kencang. Wanita tua itu berkata :

H : Waqshid fi masyyika waqhdud min shoutik.(Sederhanakan jalanmu dan lunakkan suaramu).
     (QS. Luqman/ayat 19).

Lalu unta itu aku perlahankan,sambil mendendangkan beberapa syair. Wanita tua itu berucap :

H : Faqra-u ma tayassara minal quran.(Bacalah yang mudah dari Quran). (QS. al-Muzammil/ayat 20).

M.A : Sungguh anda telah diberi kelebihan yang banyak.

H : Wa ma yadzdzakkaru illa ulul albab.(Dan tidaklah mengingati ALLAH itu kecuali orang yang berilmu)
     (QS. al-Baqarah/ayat 269).

Dalam perjalanan aku bertanya kepadanya;

M.A : Apakah anda mempunyai suami?

H : La tas-alu an asy-ya-a in tubda lakum tasu'kum.(Jangan kamu menanyakan sesuatu,jika akan
     menyusahkan kamu). (QS. al-Maidah/ayat 101).

M.A : Ketika berjumpa dengan kafilah di depan kami,aku bertanya kepadanya. Adakah orang anda berada
         dalam kafilah ini?

H : Almalu wal banuna zinatul hayatid dunya.(Adapun harta dan anak-anak adalah perhiasan hidup di
     dunia). (QS. al-Kahfi/ayat 46).

Barulah aku mengerti bahawa ia juga mempunyai anak.

M.A : Bagaimana keadaan mereka dalam perjalanan ini?

H : Wa alamatin wabin najmi hum yahtadun.(Dengan tanda bintang-bintang mereka mengetahui penunjuk
      jalan). (QS. an-Nahl/ayat 16).

Dari jawapan ini dapat aku fahami bahawa mereka datang mengerjakan ibadah-ibadah haji mengikuti beberapa petunjuk. Kemudian bersama wanita tua ini aku menuju tempat perkemahan.

M.A : Adakah orang yang akan kenal atau keluarga dalam khemah ini?

H : Wattakhazallahu ibrahima khalilan.(Kami jadikan Ibrahim itu sebagai yang dikasihi).
     (QS. an-Nisa/ayat 125)
   : Wa kallamallahu musa takliman.(Dan ALLAH berkata-kata dengan Musa). (QS. an-Nisa/ayat 164).
   : Ya Yahya khuzil kitaba bi quwwatin.(Wahai Yahya,pelajarilah alKitab sungguh-sungguh). (QS.
     Maryam/ayat 12).

Kemudian aku memanggil nama-nama "Ya Ibrahim,Ya Musa,Ya Yahya",.maka keluarlah anak-anak muda yang bernama tersebut. Wajah mereka tampan dan ceria,seperti bulan yang baru muncul. Setelah tiga anak muda ini datang dan duduk dengan tenang,maka berkatalah wanita itu :

H : Fab'atsu ahaskum bi wariqikum hazihi ilal madinati fal yandzur ayyuha azka tha'aman fal ya'tikum bi
     rizqin minhu.(Maka suruhlah salah seorang dari kamu pergi ke kota dengan membawa wang perak
     ini,dan carilah makanan yang lebih baik agar ia membawa makanan itu untukmu). (QS. al-Kahfi/ayat
     19).

Maka salah seorang dari tiga anak ini pergi untuk membeli makanan, lalu menghidangkan dihadapanku. Lalu wanita tersebut berkata :

H : Kulu wasyrabu hani'an bima aslaftum fil ayyamil khaliyah.(Makan dan minumlah kamu dengan
     sedap,sebab amal yang telah kamu kerjakan dihari-hari yang telah lalu). (QS. al-Haqqah/ayat 24).

M.A : Makanlah kalian semuanya makanan ini. Aku tidak akan memakannya sebelum kalian mengatakan
         padaku siapa perempuan ini sebenarnya.

Ketiga-tiga anak muda ini secara serentak berkata :

" Beliau adalah orang tua kami. Selama empat puluh tahun beliau hanya berbicara mempergunakan ayat-ayat alQuran,kerana khuatir salah bicara."

Maha Sucilah ALLAH Zat yang Maha Kuasa terhadap sesuatu yang dikehendakiNya. Akhirnya aku pun berucap ;

M.A : Fadhlullahi yu'tihi man yasya' wallahu dzul fadhlil 'azhim.(Kurnia ALLAH yang diberikan kepada orang yang dikehendakiNya, ALLAH adalah Pemberi kurnia yang besar). (QS. al-Hadid/ayat 21).



Maha Suci ALLAH yang mengaugerahi sesiapa saja yang benar dan suci hatinya,maka terjaga ia dari lisan yang salah dan tidak berfaedah..maka jadilah lidahnya untuk mengucapkan kalam-kalam ALLAH yang mulia dan suci di dalam setiap kehidupannya..beruntunglah mereka yang menghafal alQuran..

Berkata guruku bahawa hendaklah diniatkan dalam hati kita walaupun masih sukar untuk kita menghafal alQuran kerana berniatlah,insyaALLAH,ALLAH akan menyampaikan niat sekalipun kita tidak sempat menghafalnya..Peliharalah alQuran kerana sesungguhnya alQuran peneman bagi kita dalam qubur kita yang mana tiada sesiapapun bersama kita..

ALLAHUMMARHAMNA BILQURAN,WAJ'ALHU LANA IMAMAN WA NURAN WA HUDAN WA RAHMAH

sumber : kawan admin

No comments:

Post a Comment