Bacalah kitab Dhia'ul Iman,
Jalan ma'rifah kepada Ar-Rahman,
Dijadikan dia sebagai pedoman,
Disitulah tempat mengambil fahaman,
Suatu thariqat didalam Islam,
Ajaran Nabi 'alaihissalam,
Amalkan dia siang dan malam,
Supaya bercahaya hati yang kelam,
Amalan thariqat amalan Nabi,
Amalan yang disuruh oleh Ilahi,
Amallkan dia sepanjang hari,
Jangan dibantah jangan diingkari,
Thariqat ini amalan yang suci,
Amalan untuk menjagakan hati,
Amalan yang diamalkan oleh Nabi,
Amalkan dia sepanjang hari,
Amalkanlah berzikrullah,
Supaya ingat kepada Allah,
Kerjakan suruh jauhkan tegah,
Hukuman Tuhan jangan disanggah,
Kepada Allah bila dah lupa,
Pekerjaan yang jahat disangka tak apa,
Syaitan pun segera datang menerpa,
Masuk ke dalam jantung dan limpa,
Wahai saudara wahai saudari,
Amalkan zikrullah setiap hari,
Kerjakan dengan qasad yang suci,
Kerana menuntut keredhaan Ilahi,
Wahai saudara taulan sebaya,
Baik miskin ataupun kaya,
Amalan thariqat amalan yang mulia,
Mengukuhkan iman mengukuhkan percaya,
Wahai adik, kakak dan saudara,
Amalan thariqat sangat berharga,
Jangan saudara menjahatkan sangka,
Mengatakan amalan yang direka-reka,
Amalan thariqat disuruh Ilahi,
Amalan yang dibawa oleh Nabi,
Amalkan dia petang dan pagi,
Supaya jangan mendapat rugi,
Barangsiapa meringankannya,
Tidak percaya akan amalannya,
Sangatlah buruk padah akibatnya,
Di akhirat sangatlah ruginya,
Saya bersyukur kepada Allah amalan thariqat telah nyatalah amalan yang dibawa oleh Rasulullah jangan sekali diingkar disalah tamatlah syair tamatlah kalam dengan kehendak Khaaliqul 'aalam berkat Nabi 'alaihissalam buat peringatan siang dan malam.
Pantun ini adalah nukilan daripada yang dimuliakan Almarhum Tuan Guru Tengku Haji Ishak bin Tengku Muhammad Arif. Beliau merupakan salah seorang diantara Mursyid-Mursyid Thariqah Naqsyabandiyyah Al-Khalidiyyah yang ada di Tanah Jawi Malaysia. Kembali kerahmatullah pada tahun 1992.
Al-Fatihah...
Wassalammualaik.
Jalan ma'rifah kepada Ar-Rahman,
Dijadikan dia sebagai pedoman,
Disitulah tempat mengambil fahaman,
Suatu thariqat didalam Islam,
Ajaran Nabi 'alaihissalam,
Amalkan dia siang dan malam,
Supaya bercahaya hati yang kelam,
Amalan thariqat amalan Nabi,
Amalan yang disuruh oleh Ilahi,
Amallkan dia sepanjang hari,
Jangan dibantah jangan diingkari,
Thariqat ini amalan yang suci,
Amalan untuk menjagakan hati,
Amalan yang diamalkan oleh Nabi,
Amalkan dia sepanjang hari,
Amalkanlah berzikrullah,
Supaya ingat kepada Allah,
Kerjakan suruh jauhkan tegah,
Hukuman Tuhan jangan disanggah,
Kepada Allah bila dah lupa,
Pekerjaan yang jahat disangka tak apa,
Syaitan pun segera datang menerpa,
Masuk ke dalam jantung dan limpa,
Wahai saudara wahai saudari,
Amalkan zikrullah setiap hari,
Kerjakan dengan qasad yang suci,
Kerana menuntut keredhaan Ilahi,
Wahai saudara taulan sebaya,
Baik miskin ataupun kaya,
Amalan thariqat amalan yang mulia,
Mengukuhkan iman mengukuhkan percaya,
Wahai adik, kakak dan saudara,
Amalan thariqat sangat berharga,
Jangan saudara menjahatkan sangka,
Mengatakan amalan yang direka-reka,
Amalan thariqat disuruh Ilahi,
Amalan yang dibawa oleh Nabi,
Amalkan dia petang dan pagi,
Supaya jangan mendapat rugi,
Barangsiapa meringankannya,
Tidak percaya akan amalannya,
Sangatlah buruk padah akibatnya,
Di akhirat sangatlah ruginya,
Saya bersyukur kepada Allah amalan thariqat telah nyatalah amalan yang dibawa oleh Rasulullah jangan sekali diingkar disalah tamatlah syair tamatlah kalam dengan kehendak Khaaliqul 'aalam berkat Nabi 'alaihissalam buat peringatan siang dan malam.
Pantun ini adalah nukilan daripada yang dimuliakan Almarhum Tuan Guru Tengku Haji Ishak bin Tengku Muhammad Arif. Beliau merupakan salah seorang diantara Mursyid-Mursyid Thariqah Naqsyabandiyyah Al-Khalidiyyah yang ada di Tanah Jawi Malaysia. Kembali kerahmatullah pada tahun 1992.
Al-Fatihah...
Wassalammualaik.
No comments:
Post a Comment