Didalam Kitab Mukhasyafatul Qulub karya Imam Al-Ghazali ada suatu
cerita kisah kelakuan ganjil seorang pemuda yang tidak putus-putus
berselawat semaasa bertawaf mengelilingi Kaabah. Hal ini diperhatikan oleh Sufian Suri dengan penuh kehairanan.
Sufian Suri merasa agak pelik dengan kelakuan pemuda itu lalu menghampiri lantas menegur.
Sufian Suri: Wahai...! pemuda, mengapa engkau sentiasa berselawat...? Sedangkan setiap tawaf ada bacaannya yang tersendiri... tawaf pertama ada bacaannya, tawaf kedua ada bacaannya sehingga sampai ketujuh tawaf pun ada bacaan-bacaannya. Jadi mengapa engkau sentiasa berselawat pada pusingan tawaf tampa bacaannya...?
Pemuda: Boleh ana tahu Tuan ni siapa gerangannya...?
Sufian Suri: Ana... Sufian Suri.
Pemuda: Jadi Tuan lah orangnya Sufian Suri yang terkenal itu... oleh disebabkan Tuan ini Sufian Suri maka ana akan kabarkan kenapa ana berkelakuan begitu...
Beberapa ketika dulu masa ana dan arwah ayah ana hendak melakukan haji tiba-tiba ayah ana jatuh sakit, semakin hari semakin tenat, sampai lah dia nazak. Kemudian ayah ana meninggal... masa dia meninggal tiba-tiba seluruh tubuh badannya bertukar hitam... ana amat takut sekali ketika itu... ana menangis dan berdoa kepada Allah supaya mengampunkan segala dosa-dosa semasa hayatnya.
Semasa ana berdoa itu ana kepenatan lalu tertidur... kemudian bermimpi. Dalam mimpi tu ana melihat ada lembaga seorang yang bercahaya datang kepada ana dan arwah ayah ana kemudian lembaga bercahaya itu menyapu tubuh badan arwah ayah ana sebanyak tiga kali, tiba-tiba seluruh jasad tubuh badan ayah ana yang hitam itu bertukar menjadi putih berseri-seri.
Apabila lembaga itu hendak pergi ana mencapai kakinya lalu bertanya...
Siapakah Tuan ini...? sehingga jenazah mayat ayah ana yang hitam boleh bertukar menjadi putih disebabkan pertolongan Tuan..
Maka dijawab oleh lembaga bercahaya itu... Analah Muhammad Rasulullah... ayah anta itu semasa hayat hidupnya dulu adalah seorang yang fasiq... banyak sekali dosanya berjudi, minum arak dan bermaksiat. Akan tetapi ucapan bibirnya tidak pernah jemu berselawat kepada Ana... sekarang Ana datang memberi syafaat kepadanya..
Kemudian ana tersedar dari tidur dan mendapati jasad tubuh ayah ana yang hitam telah bertukar menjadi putih berseri-seri. Sejak dari itu ana tidak pernah jemu-jemu berselawat ke atas Rasulullah s.a.w.
Sufian Suri: Jadi sebab kerana itulah anta sentiasa berselawat... jika begitu ana tidak akan menghalang anta... berselawatlah semahu anta.....
Wallahualam.

No comments:
Post a Comment